Rakyat disaran sokong Deklarasi Rakyat
KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia disaran untuk menyokong Deklarasi Rakyat
yang ditandatangani oleh beberapa pemimpin parti dan NGO bagi mendesak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.
Pengerusi Bersih, Maria Chin berkata, sebelum ini rakyat telah memberi
banyak peluang kepada Najib bagi membaiki segala kerosakan yang
dilakukan terhadap pentadbiran negara namun tiada sebarang
penambahbaikan dilakukan oleh beliau sehingga kini.
"Kami disini adalah untuk melihat perubahan jangka panjang disamping
turut mendesak supaya Najib berundur dari jawatan Perdana Menteri,"
katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Deklarasi Rakyat tuntut Najib undur]
Dalam pada itu, bekas Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga berkata,
deklarasi berkenaan bukan hanya mendesak Perdana Menteri melepaskan
jawatan beliau namun bagi mewujudkan pembaharuan dalam agenda negara ke
arah demokrasi yang benar.
Ambiga berkata, negara kini tersasar jauh dari demokrasi sebenar dan
pembaharuan yang akan dibawa seharusnya melibatkan kebebasan bersuara,
pilihan raya yang adil dan mewujudkan semula undang-undang di dalam
perundangan negara.
"Saya disini kerana saya yakin negara berhak mendapat lebih baik dari sekarang.
"Saya fikir pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga seharusnya menjadi antara agenda yang memerlukan pembaharuan," katanya.
2 orang berkata:
Apa yg jadi tun m sekarang?.. inilah hasil doa TGFN..
Mana hang tau ni hasil doa TGFN...??? Jgn fok memandai-mandai buat fitnah. Anak dia pun tak kata apa... hang pulak berlebih
Post a Comment