Deklarasi Rakyat bukan suara 30 juta rakyat Malaysia
KUALA LUMPUR - 'Deklarasi Rakyat' yang ditandatangani oleh 58 individu
sama sekali tidak mewakili 30 juta rakyat Malaysia atau 15 juta pengundi
tetapi ia hanya sebuah pergerakan bagi menyingkirkan Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
berkata perisytiharan itu adalah 'alasan untuk berselindung' untuk
mewajarkan apa yang mereka lakukan.
"Mereka seolah-olah lupa bahawa ada mekanisme untuk melakukan sesuatu
seperti itu dan mekanisme itu dipanggil pilihan raya umum," katanya
dalam entri terbaru dalam blognya, sskeruak.blogspot.com.
Katanya antara 58 menandatangani deklarasi bersama itu adalah terdiri
daripada beberapa pesara politik, pegawai polis dan pegawai kerajaan
serta beberapa lagi yang menggelar diri mereka sebagai pemimpin
masyarakat sivil.
"Pada hakikatnya, ia tidak lebih daripada sebuah acara yang digembar-gemburkan," katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Deklarasi Rakyat memfokuskan isu 1MDB]
Salleh berkata 'Deklarasi Rakyat' itu hanya sebuah dokumen dikitar semula dari yang dilakukan pada 1998 dan 2008.
"Tidak syak lagi mereka mengatakan ini satu pelan tindakan untuk
reformasi tetapi ia tidak benar-benar merupakan pelan tindakan atau
pelan induk kerana ia adalah senarai aspirasi dan keinginan," katanya.
Menurutnya 'Deklarasi Rakyat' adalah apa yang mereka ingin melihat daripada pelan bagaimana untuk mencapai aspirasi ini.
"Dalam erti kata lain, mereka tidak menawarkan penyelesaian kepada kita," katanya.
"Tambahan pula, aspirasi ini berbeza...bergantung kepada siapa anda
bercakap...dengan seorang mengatakan satu perkara dan seorang lagi
berkata sebaliknya," katanya.
Beliau berkata walaupun mereka menjadikan acara semalam kelihatan
sebagai sebuah platform untuk menuntut pembaharuan dan perubahan namun
dalam realitinya ia adalah satu gabungan yang terdiri daripada
orang-orang yang menentang Najib.
"Apa yang mereka sebenarnya mahu adalah untuk memberi tanggapan bahawa
langkah menyingkirkan perdana menteri disokong oleh majoriti rakyat.
"Sudah tentu, ini tidak benar...58 individu tidak mewakili 30 juta
rakyat Malaysia mahupun tidak sama sekali 15 juta pengundi," katanya.
"Kita ada hampir 800 Ahli Parlimen dan Adun dan mereka adalah wakil sah
yang dipilih oleh pengundi semasa pilihan raya umum dan pilihan raya
negeri," katanya. -Bernama
1 orang berkata:
Assalam Pak Karamu
Entah apa sebab link blog ini di bloglist saya tidak ada feed
Post a Comment