Naib Presiden PKR, N Surendran, berkata perkara ini berlaku kerana akses pertemuan Anwar dengan peguamnya sejak Ogos 2015, telah dihadkan sejam itupun sekali dalam seminggu.


"Anwar akan mewaliki diri sendiri di mahkamah. Notis sudah difailkan kepada mahkamah pada 29 Februari 2016," katanya kepada media di Ibu Pejabat PKR hari ini.


Dalam pada itu, N Surendran berkata, pihaknya telah beberapa kali mengemukakan bantahan terhadap hak peguam kepada Pengarah Penjara Sungai Buloh, Ketua Pengarah Penjara dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


"Namun, ia (akses) tetap sama seperti itu," katanya
Anwar Ibrahim mewakili dirinya buat pertama kali dalam kes tuntutan terhadap Utusan Malaysia di Mahkamah Persekutuan esok.

Bagaimanapun, semua peguam kekal bersama Anwar dalam beberapa kes lain namun ia bergantung kepada kehendaknya sendiri.