Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NEGARA ISLAM SUDAH ADA PAKATAN TENTERA CUMA UNDANG-UNDANG SAHAJA YANG BELUM ISLAM


Arab Saudi tidak bersendirian hadapi ancaman
Najib Tun Razak
Najib Tun Razak. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Arab Saudi tidak bersendirian dalam menghadapi ancaman berikutan pembentukan Pakatan Tentera Islam yang disertai 34 negara.

Katanya Malaysia adalah sebahagian daripada pakatan tentera Islam yang telah dibentuk oleh Arab Saudi.

"Ini memberi isyarat jelas bahawa kestabilan, keselamatan dan kedudukan Arab Saudi dalam dunia Islam adalah sangat penting bagi Malaysia dan negara Islam yang lain," katanya menerusi catatan terbarunya di laman sosial Facebook hari ini.

Najib berkata sebahagian daripada agenda lawatan kerjanya ke Arab Saudi baru-baru ini adalah untuk melawat para anggota Angkatan Tentera Malaysia yang sedang mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan North Thunder di Hafar Al Batin.    

Najib mengadakan lawatan kerjanya ke Arab Saudi dari 1 Mac hingga 3 Mac.

Turut serta dalam lawatan kerja itu ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar selain para pegawai kanan kerajaan. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.