Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAHADHIR TIDAK BERPARTIPUN HEBAT ?

Tindakan Mahathir mendorong ketidakstabilan negara
 Anifah Aman
Anifah Aman - Foto Bernama

SHAH ALAM - Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggerakkan Deklarasi Rakyat boleh menyebabkan keadaan negara menjadi tidak stabil dan sekaligus mendorong pelabur asing untuk menjauhkan diri dari negara ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, tindakan tersebut bertentangan dengan kenyataan Mahathir yang sebelum ini‎ menyifatkan perubahan kerajaan hanya akan merencatkan kemajuan ekonomi yang cuba dibawa oleh kerajaan sedia ada.


"Mahathir menegaskan Malaysia berbeza dengan negara lain kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang tidak pernah bertukar pemerintahan sejak mencapai kemerdekaan dan menggambarkan perubahan kerajaan bakal memberi kesan teruk terutamanya dari segi ekonomi khususnya.


"Tetapi, kini beliau membuat ‘Pusingan U’ apabila dilihat sedang membawa ancaman besar yang mampu memporak-perandakan negara,"  katanya menerusi kenyataan, hari ini.


Beliau yang tidak hanya terkejut dengan tindakan Mahathir, turut ‎melahirkan rasa kecewanya terhadap kesudian bekas pemimpin negara itu untuk berada sebaris dengan barisan pembangkang.


"Apakah dengan ‘tagline’ 'Selamatkan Malaysia', ia benar-benar boleh menyelamatkan Malaysia atau sebenarnya menghancurkan negara ini?, “ katanya.


[ARTIKEL BERKAITAN: Mahathir: 'Kami hadir sebagai rakyat']

Menurut Anifah lagi, sebagai seorang bekas Perdana Menteri, Mahathir seharusnya lebih memahami apa sebenarnya erti kata demokrasi yang sememangnya bukannya dicapai dengan cara yang dilakukan olehnya sekarang.


"Pelaburan asing merupakan salah satu sumber utama bagi pembangunan negara. Kemasukan pemodal-pemodal asing boleh meningkatkan pendapatan negara, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan kemajuan ekonomi.


"Oleh yang demikian, kerajaan telah menjalankan pelbagai langkah bagi menggalakkan pelaburan asing di negara ini. Kita jangan sesekali lupa, masyarakat antarabangsa sedang memerhati kita. Ketidakstabilan  ini akan menyebabkan implikasi buruk kepada kita pada hari-hari mendatang," katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.