Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ORANG NEGORI PLAK BERSUARA

Ambil tindakan terhadap 'duri dalam daging'
Ambil tindakan terhadap 'duri dalam daging'
Hasim (duduk lima, kanan) mengangkat tangan sebagai tanda sokongan terhadap Najib.

SEREMBAN - Umno Bahagian Rasah mendesak Majlis Tertinggi (MT) dan Jawatankuasa Disiplin Umno mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemimpin dan ahli parti berkenaan yang terlibat dalam Majlis Deklarasi Anti Najib, pada Jumaat minggu lalu.

Ketuanya, Datuk Hasim Rusdi berkata, Umno tidak boleh berkompromi dengan golongan terbabit kerana disifatkan sebagai 'duri dalam daging' yang boleh memporak-perandakan parti dan kestabilan negara.

"Kita mencela pemimpin Umno dan Tun Dr Mahathir (Mohamad) yang bersekongkol dengan pihak pembangkang untuk menurunkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) menerusi deklarasi rakyat dan memorandum yang ditandatangani mereka.

"Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku. Kalau hendak menurunkan Perdana Menteri, perlulah mengikut proses demokrasi yang ada iaitu pilihan raya. Bila melibatkan (jawatan) Presiden parti pula, tunggulah pemilihan dalam parti. Jadi, kita rasa dukacita dengan tindakan mereka," katanya.

Pada masa sama, kata beliau, Umno Bahagian Rasah juga sebulat suara menyatakan sokongan tanpa berbelah bahagi kepada Najib agar terus menerajui negara tanpa rasa takut dan curiga.

"Kita yakin dan percaya bahawa seluruh masyarakat di Negeri Sembilan khususnya orang Melayu amat sensitif dengan perkara ini dan sama sekali tidak memberikan sokongan kepada Tun (Dr Mahathir).

"Difahamkan, ramai yang kecewa dengan tindakan mantan Perdana Menteri itu. Beliau melakukan perbuatan yang bertentangan dengan kehendaknya sendiri semasa menjadi pemimpin," katanya.  Beliau berkata demikian ketika menghadiri Taklimat Persidangan Umno Cawangan, Bahagian Rasah 2016 di Wisma Umno negeri, di sini, petang tadi.

Sinar Harian melaporkan sebelum ini, menurut Mahathir, pihaknya tidak berkempen bagi melawan Umno, namun bertujuan mendesak Najib melepaskan jawatan disandangnya selepas terpalit dengan beberapa skandal.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.