Deklarasi Rakyat terlalu kecil, kata Pemuda Pas
SHAH ALAM - Pemuda Pas hari ini mendakwa deklarasi rakyat yang
dibawakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan
barisan Pakatan Harapan terlalu kecil jika dibandingkan dengan harapan
rakyat.
Malah menurut Naib Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin,terdapat
beberapa perkara penting tidak disertakan dalam deklarasi tersebut.
“Pas tidak menolak empat tuntutan dalam deklarasi rakyat kerana itu memang telah lama dilaungkan oleh rakyat dan Pas.
“Bagaimanapun fokus deklarasi sepatutnya adalah menuntut campurtangan
Yang Di Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen bagi memberikan laluan
kepada Pilihan Raya Umum (PRU)dibuat lebih awal. Biar rakyat menjadi
hakim dalam menentukan masa depan kepimpinan negara yang baru,” katanya
menerusi kenyataan, hari ini.
Menurutnya lagi, corak kepimpinan dan masa depan negara hanya akan
berbeza sekiranya kerajaan ditukar secara keseluruhan dalam PRU akan
datang.
“Jika hanya menukar pemimpin negara (Datuk Seri Najib Tun Razak) di
Parlimen dan menaikkan pemimpin lain dari parti yang sama ianya tidak
akan mengubah apa-apa, malah mungkin akan menjadi lebih teruk.
“Tindakan itu juga akan memanjangkan usia Umno dan BN juga akan tetap
membina kerajaan (walaupun selepas pemimpin ditukar). Strategi seperti
ini sepatutnya sudah tidak boleh dipakai,” katanya lagi.
Beliau dalam pada itu turut berkata, parti baharu yang ingin mengambil
alih kerajaan sekarang perlu lebih berhati-hati dalam memastikan harapan
rakyat ditunaikan.
“Parti yang memerintah pasti lebih berhati-hati demi mengekalkan kuasa
kerana rakyat sudah tahu bagaimana untuk menukar kerajaan dalam proses
demokrasi,” katanya lagi.
2 orang berkata:
Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.
Pengalaman zaman pemerintahan Tun M sarat pengetahuan bahawa demonstrasi jalanan di Malaysia tidak menjadi kudis kpd kerajaan memerintah.
Kini Tun M meratap atas batas di belakang tembok yg dibinanya sendiri dahulu. Rupanya Melayu mudah lupa itu termasuk diri Tun M juga. Masuk perangkap sendiri.
Post a Comment