Datuk Seri Vida tetap mahu bina hotel di Kota Bharu
PENASIHAT Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan
(Kafa), Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida, tetap dengan
pendirian untuk membina hotel di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV,
di sini.
Malah, beliau turut menolak cadangan kerajaan negeri untuk menukar
lokasi berkenaan ke Bukit Merbau atas beberapa faktor terutamanya
berkaitan dengan prasarana dan nilai komersial.
Katanya, Bukit Merbau adalah lokasi baharu yang tidak dilengkapi dengan
kemudahan prasarana dan memerlukan jangka masa yang panjang untuk
dimajukan berbanding di lokasi pilihannya.
“Biarpun kawasan itu bakal dibangunkan, namun ia adalah program jangka
masa panjang. Tambahan pula, tiada prasarana dan lambat untuk dinikmati.
“Kalau di stadium, lokasinya strategik dan cepat untuk proses
pembangunan. Namun, kita perlu kaji dahulu nilai komersial di Bukit
Merbau,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan
negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood yang berharap agar beliau menimbang
semula cadangan membina hotel di Bukit Merbau.
1 orang berkata:
Siapa yang ada kuasa mengenai pembangunan di Kelantan ni? Kerajaan negeri atau tawkey kecantikan? Janganlah kerana jadi penaja kelab bola negeri dia dah rasa bebas nak buat itu dan ini. Nampak sangat niat sebenarnya ialah nak mengaut keuntungan secepat dan sebanyak mungkin tanpa memikirkan kesukaran dan masaalah yang timbul jika hotel itu dibina di kawasan yg sesak seperti kawasan stadium. Orang yang ada akal dan ikhlas adalah yang memikirkan untuk membantu memajukan kawasan2 yang masih belum berapa membangun. Janganlah berlebihan menunjuk2 kekayaan sehingga merasa besar kepala dan tidak mahu mengikut peraturan yg ditetapkan kerajaan negeri.
Post a Comment