Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TERKEDU PAKATAN HARAPAN JIKA HUDUD BERJAYA

Hudud: Kelantan yakin Pusat serius
Hudud: Kelantan yakin Pusat serius
Ahmad (tiga, kiri) meraikan tetamu dari Kedutaan Arab Saudi.
 
KOTA BHARU- Kelantan yakin dengan kesungguhan kerajaan pusat untuk merealisasikan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di negeri ini. 
 
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, komitmen itu berdasarkan pertemuan terbaharu Januari lalu bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai usaha untuk membolehkan Akta 355 dipinda.

“Memang ada komitmen dari kerajaan persekutuan untuk meneruskan pindaan Akta 355. Cuma ada beberapa isu teknikal tidak selesai yang menyebabkan pada tahun lepas kita tidak boleh bentang di Parlimen dan mereka juga tidak boleh bawa.

“Daripada perbincangan kita lihat ada komitmen yang diberikan dan kita harap komitmen itu benar dan diteruskan,”  katanya kepada media semalam selepas menerima kunjungan Mustasya Islamik Kedutaan Arab Saudi, Abdul Rahman Al-Harfi yang turut disertai Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di JKR 10.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, kerajaan pusat kini dalam usaha memperoleh persetujuan daripada semua negeri dan mendapat perkenan Majlis Raja-Raja sebelum ia boleh dibawa ke Parlimen.

“Secara umumnya sebarang pindaan yang hendak dibuat, yang menyentuh pasal mahkamah syariah, undang-undang Islam ini kena dapat perkenanan Majlis Raja-Raja.

“Setakat ini lebih separuh negeri telah bersetuju untuk pinda akta ini. Jadi bila semua negeri sudah perkenan dan dibawa kepada Majlis Raja-Raja barulah boleh dibentangkan di Parlimen. Ada beberapa negeri lagi belum. Jadi itu yang tertangguh,” katanya.

Tambahnya, beliau juga tidak boleh menjangkakan tempoh sebenar ia boleh dibentangkan di Parlimen memandangkan ia  perlu diselesaikan dengan negeri yang masih belum menyatakan persetujuan.

“Ini lebih kepada aspek teknikal sahajalah yang memerlukan masa… kena selesai benda ini dulu, sebab agama berada di bawah bidang kuasa sultan.  Memanglah, harapan kita tahun ini sempatlah, Harapan kita tahun lepas lagi selesai,” katanya.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Apa pulak Pakatan dah terkedu kalau Hudud berjaya ,yang akan terkedu kali ke sepuluh adalah ularmak Pas ,nanti ditipu hidup2 oleh peminpin Umno yang kata akan memberi sokongan penuh untuk menjayakan Hudud.kalau hudud berjaya semua rakyat akan gembira tetapi tetapi kalau tak berjaya bererti peminpin ulamak Pas yang akan di lebel ulamak paling haprak dalam Dunia,tungggguuuuuuuuu berjaya atau di perdaya .

Unknown said...

Kenapa plk ulamak nk terkedu.. mereka dah berusaha dan akan terus berusaha.. malah tak rugi pun berusaha selagi hayat dikandung badan.. aku rasa yg nak kecewa nanti terutama bila ajal semakin hampir ialah org2 yg mempersenda usaha2 kami utk melaksanakan hudud..tambahan pula jika asyik persenda hudud sepanjang hayat..

Siapa makan cili pasti terasa pedas..

Anonymous said...

Kalau berjaya baguih la. UMNO memang nak Hudud la tu bukan PAS. HUDUD terlaksana.. tahniah UMNO. PAS embang ja kencang... ketua penerangan tonton porn per per view kat German. Untuk kes mcm ni... apa hukum yg sesuai ek????

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.