Hudud: Kelantan yakin Pusat serius
KOTA BHARU- Kelantan yakin dengan kesungguhan kerajaan pusat untuk
merealisasikan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015)
di negeri ini.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, komitmen
itu berdasarkan pertemuan terbaharu Januari lalu bersama Menteri Di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai usaha
untuk membolehkan Akta 355 dipinda.
“Memang ada komitmen dari kerajaan persekutuan untuk meneruskan pindaan
Akta 355. Cuma ada beberapa isu teknikal tidak selesai yang menyebabkan
pada tahun lepas kita tidak boleh bentang di Parlimen dan mereka juga
tidak boleh bawa.
“Daripada perbincangan kita lihat ada komitmen yang diberikan dan kita
harap komitmen itu benar dan diteruskan,” katanya kepada media semalam
selepas menerima kunjungan Mustasya Islamik Kedutaan Arab Saudi, Abdul
Rahman Al-Harfi yang turut disertai Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di
JKR 10.
Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, kerajaan pusat kini dalam usaha
memperoleh persetujuan daripada semua negeri dan mendapat perkenan
Majlis Raja-Raja sebelum ia boleh dibawa ke Parlimen.
“Secara umumnya sebarang pindaan yang hendak dibuat, yang menyentuh
pasal mahkamah syariah, undang-undang Islam ini kena dapat perkenanan
Majlis Raja-Raja.
“Setakat ini lebih separuh negeri telah bersetuju untuk pinda akta ini.
Jadi bila semua negeri sudah perkenan dan dibawa kepada Majlis
Raja-Raja barulah boleh dibentangkan di Parlimen. Ada beberapa negeri
lagi belum. Jadi itu yang tertangguh,” katanya.
Tambahnya, beliau juga tidak boleh menjangkakan tempoh sebenar ia boleh
dibentangkan di Parlimen memandangkan ia perlu diselesaikan dengan
negeri yang masih belum menyatakan persetujuan.
“Ini lebih kepada aspek teknikal sahajalah yang memerlukan masa… kena
selesai benda ini dulu, sebab agama berada di bawah bidang kuasa
sultan. Memanglah, harapan kita tahun ini sempatlah, Harapan kita tahun
lepas lagi selesai,” katanya.
3 orang berkata:
Apa pulak Pakatan dah terkedu kalau Hudud berjaya ,yang akan terkedu kali ke sepuluh adalah ularmak Pas ,nanti ditipu hidup2 oleh peminpin Umno yang kata akan memberi sokongan penuh untuk menjayakan Hudud.kalau hudud berjaya semua rakyat akan gembira tetapi tetapi kalau tak berjaya bererti peminpin ulamak Pas yang akan di lebel ulamak paling haprak dalam Dunia,tungggguuuuuuuuu berjaya atau di perdaya .
Kenapa plk ulamak nk terkedu.. mereka dah berusaha dan akan terus berusaha.. malah tak rugi pun berusaha selagi hayat dikandung badan.. aku rasa yg nak kecewa nanti terutama bila ajal semakin hampir ialah org2 yg mempersenda usaha2 kami utk melaksanakan hudud..tambahan pula jika asyik persenda hudud sepanjang hayat..
Siapa makan cili pasti terasa pedas..
Kalau berjaya baguih la. UMNO memang nak Hudud la tu bukan PAS. HUDUD terlaksana.. tahniah UMNO. PAS embang ja kencang... ketua penerangan tonton porn per per view kat German. Untuk kes mcm ni... apa hukum yg sesuai ek????
Post a Comment