Deklarasi Rakyat: DAP tidak hirau amaran Anwar
KUALA LUMPUR - DAP hari ini menyatakan ketegasan untuk tetap bersama
bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekaligus menyokong
Deklarasi Rakyat meskipun selepas diberi peringatan oleh bekas Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Setiausaha Publisiti Kebangsaannya, Tony Pua berkata, kebimbangan Anwar itu perkara biasa.
"Itu reaksi biasa. DAP akan tetap sokong Deklarasi Rakyat tapi kita akan buat perubahan sedikit sesuai dengan perjuangan DAP.
"(Tapi) kami juga takut dipergunakan Tun Mahathir," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Rakyat, hari ini.
Anwar melalui surat lapan muka surat bertulis tangan itu memberi
peringatan terhadap penglibatan pemimpin PKR dan Pakatan Harapan dengan
Tun Mahathir dalam gerakan selamatkan Malaysia dan Deklarasi Rakyat.
Tony turut menganggap kerjasama dengan Tun Mahathir itu memberi peluang orang ramai lebih mengenali Pakatan Harapan.
"Apa yang penting Tun Mahathir ada bersama pembangkang sebab pengaruh
Tun Mahathir itu lebih besar.Tapi Tun Mahathir pun percaya dapat
sokongan daripada Pakatan Harapan," katanya.
Semalam, surat tersebut disifatkan palsu oleh seorang pemimpin PKR
namun Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin hari ini seolah-olah
mengesahkan kesahihan surat tersebut apabila memberitahu surat itu
sebagai teguran Anwar kepada semua pemimpin PKR untuk kembali ke pangkal
perjuangan.
[ARTIKEL BERKAITAN: 'Apa kisah surat daripada Anwar...']
Manakala isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah yang juga Presiden
parti dan anaknya, Nurul Izzah mengambil sikap enggan mengulas lanjut
dengan hanya menyifatkan ia sebagai masalah dalaman parti.
11 orang berkata:
bagus tuh
sangat baik strateginya
semoga bisa menjadi solid
PAS mana tau hal hal "agree to disagree". Tau ke?? Org pas tak reti pakai otak, cakap hadi main ikut menonong jer mcm laa hadi tu nabi.
Hadi Pink presideng Parti Ajaran Syiah
Tapi tak de plk TGHA pergi Beirut jumpa pemimpin Syiah.. ulamak yg pergi tu buat apa yee? Nak memperbaharui ikrar perjuangkan Syiah di Malaysia ke? Siapa dia timbalan mursyidul am parti baru tuh?
http://www.ismaweb.net/2016/05/ulama-pan-sokong-iran-rejim-bashar/
Abdul Hadi dilihat bersama Mufti Syria (Mufti Kerajaan Bashar al-Asad) dalam bengkel sempena Muktamar Pendekatan antara Mazhab di Tehran, Iran pada Disember 2015.
http://greenboc.blogspot.my/2016/05/bila-presiden-pas-ke-iran-kenapa-tak tuduh dia syiah?
Pengakuan bahawa Zaharin menerima 500k dan dikredit terus ke dlm akaun peribadinya di Ambank telah dilafazkan sendiri oleh mulut Zaharin dlm satu RUANG BICARA TV BERNAMA CH 502.
Saya dpt rm500k dari dana 2.6b. Dato Sharir Samad dpt rm1 juta. 15 pimpinan PAS saya tak tahu dapat berapa dan untuk apa - Zaharin
Kemungkinan besar tu memanglah ada yg 15 pimpinan PAS ni termasuk dlm G18 yg keluar PAS.. tujuan asalnya utk memporak perandakan PAS.. oleh kerana sehingga kini gagal, duit pun dah nak habis terpaksa melutut pula depan DAP.. nak harap kepimpinan PAS pasca G18, jgn haraplah mmg tak de punya.. hmmmmh logik tuh.. tapi ini bukan tuduhan ini gosip bak kata nobody..
Sbb TGHA pergi atas kapasiti Naib Presiden Ulamak Sedunia atas urusan Sunni dan Syiah....
TGGS pergi atas kapasiti apa plk? Kalau atas urusan Sunni shj kenapa tak jemput TGHA sekali? Atau adakah ianya atas urusan Syiah shj..??
Post a Comment