DAP minta Pas rasional berdepan PRK
IPOH – DAP Perak menasihatkan Pas agar bersikap rasional dalam
menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini bagi memastikan hanya ada
pertembungan satu lawan satu melibatkan BN dan pembangkang.
Pengerusinya, Nga Kor Ming berkata, kesan sikap terus berdegil parti
itu, hanya akan memberi kelebihan kepada BN sekiranya wujud pertandingan
tiga penjuru di kedua-dua kerusi dipertandingkan iaitu Parlimen Kuala
Kangsar dan Sungai Besar.
Menurutnya, Pakatan Harapan Perak sebelum ini telah membuat tawaran
kepada parti itu untuk hanya bertanding di satu kerusi, sementara satu
lagi kerusi ditandingi Pakatan Harapan.
“Tawaran terbuka itu adalah keputusan sebulat suara Pakatan Perak dan penuh dengan keikhlasan.
“Jika Pas benar-benar serius untuk mengalahkan Umno, mereka sewajarnya
membuat pertimbangan menerima tawaran tersebut dengan hati yang
terbuka, bukan bersikap angkuh minta parti lain ukur baju atas badan
sendiri,” katanya.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini memberi
peringatan kepada parti lain yang mahu meletakkan calon di Parlimen
Sungai Besar dan Kuala Kangsar agar mengukur baju di badan sendiri.
[ARTIKEL BERKAITAN: ‘Hormati kedudukan Pas, jangan nak berebut’]
Menurutnya, Pas mempunyai sokongan akar umbi yang kuat di dua kawasan
itu dan akan meletakkan calon di kedua-dua kerusi tersebut.
Kor Ming berkata, PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah
referendum terbaik rakyat bagi menunjukkan kuasa undi mereka dalam
keadaan konflik melibatkan kepimpinan negara.
“Pas perlu bersikap rasional supaya ia tidak merugikan usaha Pakatan
Harapan untuk mengalahkan BN, keengganan Pas kembali ke meja rundingan
dilihat hanya merugikan pakatan pembangkang,” katanya.
4 orang berkata:
Rasionalnya PAN kena berdepan dgn PAS utk mana2 pilihanraya supaya PAN dpt mengukur baju di badan sendiri bukan di badan amoi..
DAP bila ada kepentingan, lembut gigi dari lidah. Lepas ni lain bicara.
Tepuk dada tanya iman jgn tanya nafsu.
Tepuk dada tanya iman jgn tanya nafsu.
Post a Comment