Surat Dari Anuar Palsu Kata Shamsul Iskandar, Lalu
Dan Shamsul Iskandar mengatakan ;
'Surat panjang lebar' dari Anwar palsu - PKR
Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, hari ini, menafikan wujudnya 'surat panjang lebar' dari Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang.
Sehubungan itu, Shamsul yang juga anggota parlimen Bukit Katil mempersoalkan kewujudan surat tersebut dan menegaskan bahawa Anwar konsisten dengan kandungan Deklarasi Rakyat dan menyokong perkara tersebut.
Malah beliau juga meminta supaya pihak admin Facebook AMK Pulau Pinang bertanggungjawab terhadap kenyataan tersebut bagi mengelakkan kekeliruan.
"Tak timbul soal kesal dan sebagainya. Anwar konsisten dari awal dengan isi kandungan Deklarasi Rakyat dan ia harus didokong. Tak timbul.
"Anwar ini banyak surat. Kita tak tahu surat yang mana satu yang dimaksudkan oleh AMK yang tidak bernama ini. Saya harap kalau betul ia dari AMK Pulau Pinang, pihak admin harus ambil tindakan segera supaya betulkan persepsi yang mungkin akan timbul secara negatif terhadap apa sahaja ikhtiar atau usaha kita untuk berlawan dengan perdana menteri sekarang dan gesa beliau undur," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Facebook AMK Pulau Pinang hari ini menaikkan satu kenyataan yang bertulis:
"Info dari Penjara Sungai Buloh. Maklumat diterima melalui Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa pimpinan dan dibawa ke pembincangan Mesyuarat Biro Politik Keadilan Pusat. Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutus surat panjang lebar yang dibacakan di Biro Politik malam ini menyatakan kekesalan beliau mengenai keterlibatan melampau parti dan pimpinan di dalam Deklarasi Rakyat, berpesan supaya pimpinan waspada dgn muslihat Mahathir-Daim.
"Pesan Ketua Umum beware the serpent that stings now wears the crown (memetik Shakespeare). Harap semua Pimpinan KEADILAN Negeri, Ketua - Ketua Cabang, Sayap AMK, Sayap Wanita dan anggota KEADILAN seluruhnya bijak menilai," tulis kenyataan AMK negeri itu.
Deklarasi Rakyat merupakan petisyen yang diwujudkan oleh gerakan 'Selamatkan Malaysia' termasuk Mahathir pada Mac lalu.
Ia bermatlamat untuk mengumpul satu juta tandatangan bagi dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja untuk memohon penyingkiran Najib sebagai perdana menteri.
Selain Mahathir dan isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Mukhriz dan Muhyiddin, nama-nama besar lain yang menandatangani deklarasi itu ialah Tun Dr Ling Liong Sik, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Mustafa Ali, Lim Kit Siang dan Datuk Zaid Ibrahim.
(rujuk)
-----------------
Shamsul. Kalau nak cari tong sampah cari la. Kalau boleh cari saiz yang bukan setakat muat kepala kau je. Biar muat sekali dengan badan-badan kau tu. Masukla dalamnya dan dudukla senyap buat seketika sampai orang terlupa penipuan kau yang jelas lagi nyata.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH
Itu berita siang tadi. Dan ini apa yang tersebar laju-laju ;
'Surat panjang lebar' dari Anwar palsu - PKR
Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, hari ini, menafikan wujudnya 'surat panjang lebar' dari Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang.
Sehubungan itu, Shamsul yang juga anggota parlimen Bukit Katil mempersoalkan kewujudan surat tersebut dan menegaskan bahawa Anwar konsisten dengan kandungan Deklarasi Rakyat dan menyokong perkara tersebut.
Malah beliau juga meminta supaya pihak admin Facebook AMK Pulau Pinang bertanggungjawab terhadap kenyataan tersebut bagi mengelakkan kekeliruan.
"Tak timbul soal kesal dan sebagainya. Anwar konsisten dari awal dengan isi kandungan Deklarasi Rakyat dan ia harus didokong. Tak timbul.
"Anwar ini banyak surat. Kita tak tahu surat yang mana satu yang dimaksudkan oleh AMK yang tidak bernama ini. Saya harap kalau betul ia dari AMK Pulau Pinang, pihak admin harus ambil tindakan segera supaya betulkan persepsi yang mungkin akan timbul secara negatif terhadap apa sahaja ikhtiar atau usaha kita untuk berlawan dengan perdana menteri sekarang dan gesa beliau undur," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Facebook AMK Pulau Pinang hari ini menaikkan satu kenyataan yang bertulis:
"Info dari Penjara Sungai Buloh. Maklumat diterima melalui Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa pimpinan dan dibawa ke pembincangan Mesyuarat Biro Politik Keadilan Pusat. Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutus surat panjang lebar yang dibacakan di Biro Politik malam ini menyatakan kekesalan beliau mengenai keterlibatan melampau parti dan pimpinan di dalam Deklarasi Rakyat, berpesan supaya pimpinan waspada dgn muslihat Mahathir-Daim.
"Pesan Ketua Umum beware the serpent that stings now wears the crown (memetik Shakespeare). Harap semua Pimpinan KEADILAN Negeri, Ketua - Ketua Cabang, Sayap AMK, Sayap Wanita dan anggota KEADILAN seluruhnya bijak menilai," tulis kenyataan AMK negeri itu.
Deklarasi Rakyat merupakan petisyen yang diwujudkan oleh gerakan 'Selamatkan Malaysia' termasuk Mahathir pada Mac lalu.
Ia bermatlamat untuk mengumpul satu juta tandatangan bagi dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja untuk memohon penyingkiran Najib sebagai perdana menteri.
Selain Mahathir dan isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Mukhriz dan Muhyiddin, nama-nama besar lain yang menandatangani deklarasi itu ialah Tun Dr Ling Liong Sik, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Mustafa Ali, Lim Kit Siang dan Datuk Zaid Ibrahim.
(rujuk)
-----------------
Shamsul. Kalau nak cari tong sampah cari la. Kalau boleh cari saiz yang bukan setakat muat kepala kau je. Biar muat sekali dengan badan-badan kau tu. Masukla dalamnya dan dudukla senyap buat seketika sampai orang terlupa penipuan kau yang jelas lagi nyata.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH
Itu berita siang tadi. Dan ini apa yang tersebar laju-laju ;
** Klik image untuk paparan yang lebih jelas.
Versi alihbahasa.
Saudara-saudara, presiden, timbalan dan rakan-rakan pimpinan yang dikasihi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Permasalahan
yang akan saya utarakan perlu dilacak dan diteliti dengan tenang.
Intipati gagasan tidak tersasar dari dasar perjuangan dan konsisten
dengan nada lakaran sebelumnya. Kekhuatiran saya adalah jika
saudara-saudara sekadar mendengar dengan hormat tetapi gagal
membenahinya.
Dalam
sejarah perjuangan kita, terdapat episod getir yang menuntut bongkahan
pemikiran dan penyuluhan. Permasalahan kini terkait dengan Deklarasi
Rakyat yang turut mengheret pimpinan dan wadah kita untuk bersekongkol
dengan Tun M dan Daim.
Pandangan
saya mungkin bercanggah dengan pendirian majoriti pimpinan. Saya gusar
kerana mengandaikan strategi tersebut agak terlanjur dan menggugat sendi
nadi dan tunggak perjuangan. Kita perlu menghindari dari bahaya
terjebak dengan permainan elit penguasa dan muslihat licik mereka untuk
mengekalkan sistem usang. Kendati begitu, ramai rakan-rakan merasakan
bahawa strategi baru tersebut ampuh dan terbaik.
Ia
dikatakan berjaya memberikan lonjakan baru dengan penggemblengan semua
kekuatan yang mungkin untuk menumbangkan Datuk Seri Najib selaku perdana
menteri dan selanjutnya menjana perubahan. Mereka yakin untuk mengawal
keadaan dan mengelak dari berlakunya sebarang penyimpangan. Pertembungan
idea di kalangan kita mengusutkan memang perlu dirungkai tanpa
mengundang perbalahan atau persengketaan peribadi.
Saya
amalkan pendirian yang sama tatkala menyingkap inisiatif penandatangan
akuan bersumpah bersama Tengku Razaleigh yang kini terkubur. Saya dan
pimpinan telah memberikan persetujuan meskipun saya pohon kewaspadaan
untuk kembali menegakkan dasar dan khittah perjuangan. Kita juga tidak
wajar mengungkit kebijaksanaan pimpinan menyertai dan menandatangani
Deklarasi Rakyat (DR). Dalam beberapa warkah sebelumnya, saya terus
menggesa pimpinan agar waspada dengan politik elit penguasa dan
keperluan mempertahan dasar perjuangan. Persoalan sekarang adalah
menentukan hala tuju seterusnya.
Saya
lebih cenderung memilih tidak dilihat berpadu dengan kelompok DR, yakni
dengan mula menetapkan jarak. Di sebaliknya kita perlu memperhebat dan
memesatkan kempen menjana perubahan, menjadi pembela rakyat yang
tertekan akibat kecelaruan dan salah urus ekonomi negara; selaras dengan
dasar dan gagasan yang kita gendong selama ini. Kelompok DR, termasuk
Tun M mungkin saja menyertai program tersebut tetapi perlu ketara agenda
perubahan dan bukan DR. Izinkan saya jelaskan selanjutnya:
Saya
pernah mempersoalkan dengan penuh kesangsian – ketika perbualan ringkas
di mahkamah berkenaan mengapa kesungguhan kempen untuk mengangkat
deklarasi yang menafikan kepentingan moral untuk reformasi terhadap
demokrasi yang beramanah democratic accountability? Terima kasih kerana
maklum balas segera dan nota-nota penjelasan.
Pelancaran
DR adalah seolah-olah seperti telah ditetapkan tanpa boleh dirunding
atau fait accompli. Hanya setelah desakan daripada pimpinan NGO pada
saat-saat akhir, sebahagian daripada pandangan kita dimasukkan, hanya
sekadar mencantikkan deklarasi. Secara dasarnya, ia kekal sebagai
dokumen Tun M, cacat dan tidak selari dengan pandangan dari sudut
reformasi.
Ia
hanya menumpukan kepada pengunduran Datuk Seri Najib sebagai perdana
menteri susulan skandal 1MDB. Ini adalah jelas jauh terpesong daripada
raison d’etre atau asas perjuangan kita; untuk kebebasan dan keadilan,
kedaulatan undang-undang, melawan salah guna kuasa dan rasuah, dan
keadilan untuk semua!
Pimpinan
dilihat seperti terpesona dan berpuas hati dengan jaminan bahawa segala
tuntutan akan ditangani setelah pengunduran Najib. Ini mengingatkan
kembali kepada komplot ‘penguasa elit’ yang saya terangkan sebelum ini.
Ia adalah secara jelas menguntungkan yang kaya dan yang berkuasa
manakala rakyat akan terus dipinggirkan. Kita hanya baru sahaja terlibat
dengan ‘akuan bersumpah – kemelut SD'. Jaminan yang sama diberikan
secara tertutup.
Dan
dalam keterujaan atau keterdesakan untuk mengubah tampuk kepimpinan
negara, kita berikan komitmen. Sekarang ia menjadi bahan sindiran dan
memalukan, khususnya apabila Ku Li sendiri menafikan keterlibatan beliau
dan menganggap rancangan tersebut sebagai tidak masuk akal. Beliau
licik mempergunakan SD ini untuk meletakkan diri beliau sebagai calon
kompromi apabila berlaku pertembungan atau kebuntuan antara Zahid dan
Hisham. Saya bingung bagaimana ada di kalangan kita dalam Pakatan
Harapan yang terus meletakkan harapan agar ‘perubahan’ boleh berlaku
melalui tipu muslihat.
Dan
kini, meneruskan gerakan tersebut, yang dipimpin oleh mereka daripada
kelompok penguasa atau pemerintah, kita bersungguh-sungguh memberi
sokongan kepada usaha baru ini, digambarkan seolah-olah sebagai strategi
inklusif – rakyat. Hanya satu penjelasan yang boleh diterima iaitu
tindakan terdesak. Kita terdesak untuk angka sokongan – yang sebenarnya
adalah demi kepentingan dalam politik tanpa sekelumit rasa bersalah.
Kita
kena berlaku jujur. Kita terlibat dalam kedua-dua inisiatif dan
bersetuju agar Johari Abdul mewakili kita dalam inisiatif SD manakala
Azmin Ali, Tian dan Rafizi menyertai dalam inisiatif DR. Tetapi saya
sentiasa mengelak daripada menggunakan terma menyokong dan komitmen. Ia
meresahkan untuk melihat pimpinan kita menjadi sebahagian daripada
pasukan dengan seorang pemimpin yang zalim dan paling korup sebagai
mantan menteri kewangan!
Seorang
peguam kanan memaklumkan kepada saya beliau memerhatikan bagaimana
pemimpin-pemimpin ini terpegun dan merendah diri dalam kehadiran bekas
autokrat dalam program terbuka seolah-olah masih tersekat dengan budaya
feudal. Walaupun dengan kepetahan Azmin, Ambiga dan Mat Sabu yang
lantang dan meyakinkan, pengolahan agenda reformasi hanya menjadi isu
sampingan.
Jangan
terpedaya dengan menganggap kenyataan-kenyataan mengutuk kezaliman yang
melampau ketika waktu pemerintah Tun M akan mampu mengajak beliau untuk
melakukan perubahan yang sistematik. Beliau terkenal dengan kecekalan,
begitu tertumpu dengan agenda beliau yang sukar digugat. Ketakutan yang
sentiasa menghantui diktator dan autokrat adalah pendedahan
jenayah-jenayah yang dilakukan dan berbilion-bilion wang yang dicuri.
Sifat
ihsan dan berlapang dada terhadap Tun M tidak pernah dihargai. Bukan
sahaja tidak menyesal, beliau menunjukkan sifat terkutuk dalam diri
beliau dengan meneruskan serangan peribadi. Penghinaan ini sedihnya
tidak dibela oleh rakan-rakan yang saya letakkan kepercayaan. Saya
beranggapan kalian lebih mementingkan untuk mempertahankan usaha sama
dan kepentingan dengan Tun M.
Malangnya,
ini hanya akan meyakinkan beliau untuk tidak rasa bersalah terhadap
kerosakan dan pembaziran yang berlaku ketika zaman beliau. Gayanya
seperti telah beralih dari menafikan kepada menghapuskan kesalahan
lampau! Azizah dan saya merasakan keperluan untuk membantah sebagai
prinsip kami dan mempertahankan maruah. Kenyataan kami merujuk kepada
pemerintahan autokratik, keperluan untuk wacana menyeluruh bukan seperti
pendekatan diktator beliau.
Pandangan
kami, deklarasi telah gagal untuk membawa kebajikan rakyat kebanyakan,
terutamanya kesengsaraan ekonomi dan reformasi institusi. Kepada mereka
yang taksub dengan Deklarasi, pasti tidak mengalukan kritikan sebegini.
Saya minta berbeza pendapat dan mengutarakan penjelasan dalam perkara
tersebut.
Seterusnya
pimpinan NGO telah membuat pendirian yang tegas kepada Tun M; walaupun
secara peribadi berbanding dengan Tun M yang sentiasa memberi pandangan
secara terbuka. Selepas itu penjelasan dibuat bagi perkara yang tidak
mempunyai apa-apa perubahan; iaitu majoriti ahli Parlimen akan
menentukan calon perdana menteri yang baru. Dalam surat saya sebelum ini
kepada Biro Politik, saya menzahirkan keraguan – yang mana deklarasi
dan pendekatan baru ini bertentangan dengan perubahan jitu atau
reformasi. Saya menyeru pimpinan untuk tidak memandang rendah komplot
mereka. Jangan terlalu yakin dengan menganggap kalian mampu mematahkan
percaturan mereka. Jangan peringatan ini dipandang remeh.
‘The best lack of all conviction,
whilst the worse
Are full of passionate intensity’ [William Butlers Yeats]
‘Yang baik tidak yakin dengan kebaikan,
Manakala yang buruk
Manakala yang buruk
Tegar dengan tumpuan sepenuh jiwa mempertahankan keburukan [WB Yeats, penyair dari Ireland]
Berhati-hati dengan Machiavellians yang akhirnya menyerahkan kuasa kepada kroninya.
Kita
mengangkat diri kita sebagai mempunyai jiwa yang besar, didorong
semata-mata demi kepentingan negara. Apa yang hilang daripada benak
pemikiran kita adalah keadaan sebenar yang tatakelola dalam kerajaan
telah dimusnahkan dan apa yang membimbangkan adalah tiadanya rasa
menyesal dan tiada kesungguhan menyokong reformasi.
Kedua-dua
Tun M dan Daim merupakan dalang dan begitu agresif mempertahankan kroni
kapitalisme. Melalui proses yang tempang dan korup penjana bebas
elektrik IPP dianugerahkan, projek lebuh raya diswastakan, barangan
keperluan dimonopoli oleh kroni-kroni. Ianya amat jelas mempergunakan
dan membebankan rakyat. Kerakusan ini tidak terhenti dengan pemerintahan
mereka dan kesan kerosakannya masih dirasai sehingga kini.
Saudara
mungkin dapat rasakan pendirian saya yang semakin tegas setelah
pendekatan berjiwa besar dan berdamai yang mana pada awalnya seperti
kebanyakan di kalangan saudara, saya agak naif menjangkakan Tun M akan
lebih terbuka kepada perubahan. Beberapa siri perbincangan dengan
pimpinan PH dan NGO tidak berjaya merubah atau menghalang ketaksuban dan
dendam peribadi terhadap Najib tetapi bukan terhadap sistem yang bobrok
dan rosak.
Ia
seperti tidak masuk akal selepas bekerjasama dengan PH, NGO dan
rakan-rakan kepercayaan saya, beliau masih terus menghina dan menyerang
saya! Perangai seperti itu menghalang dari kemungkinan untuk pertemuan
dengan ahli keluarga saya. Ada sahabat menyebut dengan takzimnya untuk
tidak mengharapkan seorang yang telah berusia 92 tahun untuk akhirnya
berubah. Ini hanya mengukuhkan keyakinan saya bahawa kumpulan elit
penguasa hanya akan berusaha menyelamatkan Umno dan memastikan
kebangkitan sistem usang.
‘The serpent that did sting…
Now wears the crown.’ [Shakespeare]
Now wears the crown.’ [Shakespeare]
‘Berhati-hati jangan dipatuk dua kali…
Ular itu kini memakai mahkota’ [Shakespeare]
Ular itu kini memakai mahkota’ [Shakespeare]
Rakyat
kebanyakan kekal, sebagai suara yang penuh kesedaran, harapan rakyat
untuk pendirian yang berprinsip. Kita tidak boleh dianggap sebagai
menghalang atau melengahkan agenda reformasi; atau tidak
bersungguh-sungguh memperjuangkan nasib rakyat.
Kita
menuntut kebebasan, keadilan ekonomi, mengurangkan jurang kekayaan,
melawan rasuah dan rampasan korporat. Percayalah dalam kebijaksanaan
suara rakyat kebanyakan; dan berpandukan kepada aktivis, reformis dan
memperkukuhkan akar umbi parti.
Izinkan
saya mengulas kepada persoalan-persoalan lain. Maaf – tetapi saya tidak
dapat mengelak daripada merasa terkejut dengan pandangan cetek yang
melihat dengan kejatuhan Najib cukup untuk membawa perubahan ke arah
demokrasi yang beramanah atau democratic accountability.
Saya
telah menegaskan pendirian yang bertentangan dan tiada bukti yang boleh
dikemukakan sebaliknya. Saya juga telah diminta untuk menunjukkan
pendekatan jelas dan tidak mengelirukan terhadap deklarasi; dan saya
berbuat demikian dengan tepat.
Tetapi
saya mengutuk sikap yang tidak peka mendesak presiden, dan khususnya
Nurul Izzah untuk membuat kunjungan hormat terhadap Tun M atau menyertai
program beliau. Kamu mungkin nak mengambil hati beliau, tetapi menuntut
pengorbanan daripada keluarga saya, terutamanya selepas cemuhan beliau
baru-baru ini adalah sangat tidak berhati perut! Dan tolong jangan
melayan yang mengaku sebagai ‘sumber sahih, dipercayai’ yang mana Najib
telah menghantar utusan untuk bertemu dengan saya dan telah berlaku satu
pertemuan dengan Zahid di HKL minggu lepas.
Ini
adalah fitnah dan disebarkan dengan niat untuk melahirkan kesangsian
dan perbalahan. Kepercayaan adalah seperti semakin terhakis. Saya dengan
yakin boleh mengandaikan kalaulah pertemuan itu benar-benar berlaku,
kredibiliti saya masih kekal tidak terjejas. Dan sebaliknya, saya akan
berterus-terang dengan rakan-rakan jika benarlah bahawa berlaku tawaran
atau dakwaan terhadap mereka. Ia adalah memalukan untuk menunjukkan
sikap sebegini; tetapi kita perlu membina semula kepercayaan dan
mempunyai sifat kasih sayang.
Akhirul
kalam – saya kini diselubungi rasa sugul. Saya tidak berhasrat
membebankan saudara-saudara dengan derita kesepian mendekam di penjara.
Ujian sedemikian betapa pun sukar buat saya, Azizah dan keluarga tetapi
tidak serumit dan kusut menangani perkembangan parti mutakhir ini. Sejak
bergulirnya Reformasi 1998, saya merasakan idealisme perjuangan mula
terhakis, teruji dengan kilauan kuasa dan dana. Kekuatan saya
sekadarnya, jika diakui adalah dengan meniupkan dan menyemarakkan
kesedaran k earah perubahan – islah mas ta ta’ (perubahan sedaya upaya).
Maka kita bergelut selama hampir dua dasawarsa menghadapi kekejaman dan
keperitan hidup. Kita pecahkan tembok ketakutan; perkauman; kesempitan
takrif agama kepada rahmatan lil ‘alamin.
Namun
kegusaran saya adalah justeru perkembangan kini meletakkan kita di
persimpangan jalan. Soal cita-cita murni, idealisme bukan lagi persoalan
asasi tetapi pencak politik untuk berkuasa. Atau di sebaliknya, apakah
saya dirundung malang kerana sukar menerima kenyataan? Memadai saya
rumuskan keterbatasan dan kelemahan saya yang tidak upaya menggalas
persefahaman baru DR.
Saya
tidak berhalangan jika rapat umum dan sesi ceramah kita diteruskan
dengan menekankan agenda Keadilan; menolak kerakusan kuasa dan pemerasan
rakyat. Kelompok lain mungkin saja hadir menerangkan DR; tetapi jangan
berganjak dari pendekatan kita. Pastinya tokoh lama tersebut yang tidak
mendukung gagasan rakyat tidak wajar ditonjolkan kerana ia akan
mengelirukan rakyat; mengaburkan agenda reformasi malah mengkhianati
amanah islah.
Dalam
wacana mengenai mauduk tersebut, itu saja batas yang saya mampu
perakui. Jika majoriti memilih untuk mendukung persefahaman DR
sepenuhnya; saya akur tetapi akan menyepi dan hanya mengulangi hasrat
mendamba perubahan seutuhnya.
Kehampaan
saya berikutnya justeru kelemahan lantas kegagalan menghimpun saf
kepimpinan yang padu. Keupayaan dan peranan sebagai pengikat pimpinan
dan kelompok juga kian terhakis. Maka kedengaran keluhan berunsur
tuduhan bahawa saya turut memihak dan terkait dengan beberapa krisis
sebelumnya. Saya cuba lakukan sebaiknya tetapi kudrat terbatas.
Perseteruan sudah melampaui batas etika hingga kelihatan lebih lunak
berurusan dengan musuh politik ketimbang teman seperjuangan.
Pelbagai
ikhtiar, pujuk rayu dari saya tidak lagi mengesankan. Pandangan dan
ulasan dari rakan-rakan sebegitu penuh dengan prasangka, dan sekilas
mata dapat menyelamai kelompok yang diwakili. Persoalan nilai, akhlak,
bahaya fitnah wajib dihindari. Maka keupayaan saya terbantut disini.
Saya
pohon setulusnya agar warkah ini tidak diputar dan ditafsir mengikut
selera kabilah. Warkah ini berupa wasiat dan amanah perjuangan untuk
semua sahabat dalam saf kepimpinan. Telaah dan manfaatkanlah sebaiknya.
Maaf dipohon seandainya dianggap terlanjur dan menyinggung.
Dalam
kesepian dan murung, saya banyak menyemak puisi termasuk The Best Poems
of the English Language: from Chancer through Proust karya Harold
Bloom. Sebelumnya saya asyik dengan Pablo Neruda; Anna Akhmatova
(Tsarina of Poetry); WS Rendra dan A Samad Said.
Rakan
saya penyair Tawfiq Ismail pernah melakar di zaman remajanya – puisi
yang saya hafal; dan pernah saya deklamasikan di Bandung sekitar 2005.
Judulnya: "Memang Selalu Demikian, Hadi" (1966) di era gerakan mahasiswa
menentang PKI dan Sukarno. Pohon izin menggantikan Hadi dengan
"Saudaraku":
"Memang selalu demikian saudaraku".
Setiap perjuangan selalu melahirkan
Sejumlah pengkhianat dan para penjilat
Jangan kau gusar, saudaraku.
Sejumlah pengkhianat dan para penjilat
Jangan kau gusar, saudaraku.
Setiap perjuangan selalu menghadapkan kita
Pada kaum yang bimbang menghadapi gelombang
Jangan kau kecewa, saudaraku.
Pada kaum yang bimbang menghadapi gelombang
Jangan kau kecewa, saudaraku.
Setiap perjuangan yang akan menang
Selalu mendatangkan pahlawan jadi-jadian
Dan para jagoan kesiangan.
Selalu mendatangkan pahlawan jadi-jadian
Dan para jagoan kesiangan.
Memang demikianlah halnya, saudaraku.
Kepada Allah SWT dipohon keberkatan dan restu.
Semoga perjuangan diberkati. Amin
Kepada Allah SWT dipohon keberkatan dan restu.
Semoga perjuangan diberkati. Amin
Anwar Ibrahim
---------------------------
PKR
memang dah lama berpecah dan berpuak-puak. Cumanya perkara tersebut
lebih terserlah sejak Anwar dalam penjara dan Azmin di puncak kuasa.
Sekarang takde satu parti pembangkang elit pun yang boleh dipaut untuk
menjatuhkan rejim. Nice one BN. Propaganda terbaik anda berkesan
menjahanamkan PR, PH. THORBAEK. Btw, Shamsul mana kau nak lari Shamsul..
KAH KAH KAH!
0 orang berkata:
Post a Comment