Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

kalo mereka ada teloq ayuh letaklah calon, dah bagi laluan nih


KALO ADA AKAI AYOH AMANAH, PKR, DAP DAN PAS VS BARISAN NASIONAL KAT SUNGAI BESAR DAN K.KANGSAR - Pak Karamu
 
 
Pas terbuka cabaran pembangkang di Sungai Besar
Abdul Hadi Awang
Hadi Awang

KUALA LUMPUR - Pas bersikap terbuka terhadap cabaran daripada parti pembangkang lain yang mahu meletakkan calon pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor pada 18 Jun depan.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Pas telah membuat keputusan untuk meletakkan calon di kawasan berkenaan.

"Kita telah buat kenyataan untuk bertanding, parti lain terserah. Pas tak rugi apa-apa, kalau menang kita untung ... parti lain boleh mengadu nasib," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dilaporkan berkata Pakatan Harapan akan membincangkan sama ada mana-mana parti sekutunya akan bertanding pada PRK Sungai Besar. Pakatan Harapan dianggotai DAP-PKR-Parti Amanah Negara.

Hadi berkata calon Pas bagi PRK tersebut telah dipersetujui Majlis Syura dan akan diumum dalam masa terdekat.

PRK Parlimen Sungai Besar diadakan berikutan penyandangnya yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Turut terkorban dalam nahas itu ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Perak  Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Jumaat lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun ini manakala penamaan calonnya pada 5 Jun. – Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.