Sertai PRK, Pas ubah tarikh muktamar
SHAH ALAM – Pas hari ini mengumumkan perubahan tarikh Muktamar Pas
ke-62 yang bakal berlangsung di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik)
pada Jun depan.
Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menerusi satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, muktamar yang sepatutnya berlangsung dari 1 hingga 4 Jun dipendekkan sehingga 3 Jun sahaja.
[ARTIKEL BERKAITAN: Biar Pas sahaja tanding di dua PRK]
Jelas Takiyuddin lagi, perubahan tarikh disebabkan penyertaan Pas dalam
Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan
bermula pada 5 Jun akan datang.
“Pas Pusat ada membuat sedikit perubahan tarikh Muktamar Tahunan Pas.
Muktamar Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat dijalankan seperti asal iaitu
pada 31 Mei dan 1 Jun.
“Manakala perasmian Muktamar akan dibuat pada 2 Jun dan berakhir pada 3 Jun,” katanya seperti dipetik menerusi kenyataan itu.
0 orang berkata:
Post a Comment