Tun M patut tubuh parti baharu
JOHOR BAHRU - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammed disaran
menubuhkan Deklarasi Rakyat sebagai sebuah parti baru agar beliau dapat
memilih calon yang memenuhi kriterianya untuk memimpin kerajaan.
Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir
Abdul Samad berkata, sokongan penuh yang didakwa diberikan terhadap
Deklarasi Rakyat memberi peluang kepada bekas Perdana Menteri itu
menubuhkan parti baru.
"Saya lihat itu (Deklarasi Rakyat) sebagai satu sokongan kuat kepada Tun Mahathir.
"Berasaskan sokongan itu penganjur patut tubuh parti baru
mengetengahkan calon-calon difikir berkaliber seperti Tan Sri Muhyiddin
Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Shafie Afdal yang
disokong deklarasi itu dan panggilah ia parti Deklarasi Rakyat. Ini juga
akan beri pilihan pada rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Merasmikan Program
Jelajah Jom Kenal Ubat Peringkat Negeri Johor, Sambutan Minggu Tanpa
Tembakau dan Kesedaran Kesihatan Mulut di Galleria Kotaraya di sini,
hari ini.
Shahrir berkata, situasi politik dan sistem pemerintahan di negara ini
tidak sama seperti keadaan 'Arab Spring' yang berlaku di negara-negara
Arab kerana Malaysia termaktub kepada undang-undang dan Perlembagaan.
"Ia tidak sama macam keadaan 'Arab Spring yang boleh membawa kepada
kejatuhan pemimpin tapi kita mesti melalui proses pilihan raya. Saya
rasa tak mungkin Deklarasi Rakyat akan menjadi seperti 'Arab Spring'.
"Kerana deklarasi seperti itu walaupun dibawa kepada Majlis Raja-Raja
pun tidak boleh ubah sistem politik kita kerana tertakluk pada
perlembagaan dan undang-undang," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment