‘Hormati kedudukan Pas, jangan nak berebut’
KOTA BHARU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi
peringatan kepada parti lain yang mahu meletakkan calon di Parlimen
Sungai Besar dan Kuala Kangsar agar mengukur baju di badan sendiri.
Abdul Hadi berkata, Pas mempunyai sokongan akar umbi yang kuat di dua
kawasan itu dan akan meletakkan calon di kedua-dua kerusi tersebut.
“Sepatutnya semua pihak yang mahu perubahan di negara ini menghormati kedudukan Pas. Jangan nak berebut.
“Pas berpijak di bumi nyata di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Sepatutnya mereka (parti yang mahu bertanding) mengukur baju di badan
sendiri,” katanya kepada media, semalam.
Terdahulu beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Pengkalan Chepa
yang turut dihadiri Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah di
Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan di sini.
Kelmarin, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohammad Sabu bertegas
untuk meletakkan calonnya di kedua-dua kerusi tersebut dan bersedia
berdepan dengan mana-mana parti kecuali PKR dan DAP.
Tindakan Amanah itu dijangka mencetuskan perbalahan dengan Pas yang
awal-awal lagi sudah menyatakan kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala
Kangsar akan ditandingi oleh mereka.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, Pas
memiliki pengalaman bertanding di kawasan itu sejak tahun 1959, bahkan
pada PRU13 pula hanya kalah tipis kepada BN.
“Oleh itu, kita tidak mempunyai masalah untuk masuk di kawasan ini. Bahkan undi kita semakin meningkat,” katanya.
Pada masa yang sama, Abdul Hadi juga mengakui sekiranya Pakatan Harapan
meletakkan calonnya di kerusi berkenaan, ia boleh memecahbelahkan
undian.
“Tidak dinafikan. Yang penting kita dapat menggerakkan jentera pilihan raya,” katanya.
Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut
menegaskan pertembungan antara blok pembangkang dalam kedua-dua PRK
tersebut hanya akan memberi kelebihan kepada BN untuk menang.
Pilihan raya kecil diadakan berikutan kematian Ahli Parlimen Kuala
Kangsar, Datuk Wan Muhammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Timbalan
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen
Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter pada 5 Mei di
Sebuyau, Sarawak.
Pada Pilihan Raya Umum 2013, Wan Muhammad Khair-il, daripada Barisan
Nasional, mengalahkan calon PAS, Khalil Idham Lim Abdullah dan Datuk
Kamilia Ibrahim (Bebas) dengan majoriti 1,082 undi, manakala Noriah
mengekalkan kerusinya setelah mengalahkan calon Pas, Mohamed Saleh M
Hussain dengan 399 undi.
1 orang berkata:
pandora outlet
mbt shoes
cheap oakley sunglasses
christian louboutin
michael kors outlet online
canada goose outlet
michael kors outlet
fred perry clothing
oakley sunglasses wholesale
pandora charms
chenminghui20180327
Post a Comment