Guru berusia 50 tahun ditahan cabul tiga murid
BESUT - Seorang guru berusia 50 tahun di sebuah sekolah di Jerteh,
ditahan polis setelah ibu bapa pelajar membuat aduan anak mereka dicabul
Isnin lalu.
Kesemua ibu bapa kepada tiga pelajar berumur antara 9 dan 10 tahun itu
membuat laporan di Balai Polis Jerteh pada Selasa lepas setelah anak
mereka mengadu tentang perbuatan suspek itu.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi ketika
mengesahkan kejadian itu berkata pada awalnya kesemua ibu bapa menemui
guru besar sekolah berkenaan untuk membuat aduan namun akhirnya
bersepakat membuat laporan polis.
"Polis menahan suspek di sekolahnya kira-kira pukul 3 petang dan
berdasarkan temu bual awal, kesemua mangsa memberitahu suspek telah
melakukan perbuatan kurang sopan itu terhadap mereka semasa berada di
Makmal Komputer sekolah itu," kata Mohd Zamri kepada pemberita di sini,
hari ini.
Guru terbabit didapati tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan negatif dadah.
Beliau berkata, kesemua mangsa akan dibawa ke Hospital Universiti Sains
Malaysia Kubang Kerian, Kelantan, untuk pemeriksaan lanjut. – Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment