Papa dari muda sampai ke tua meringkuk di penjara
PUTRAJAYA - Nurul Izzah Anwar berkata, walau apapun berlaku dalam kes
rayuan ayahnya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bersabitan kes Liwat II hari
ini, beliau berharap agar rakyat meneruskan obor perjuangan bekas ketua
pembangkang itu.
Nurul Izzah yang juga merupakan puteri sulung kepada Anwar, berkata,
semangat perjuangan ayahnya perlu diteruskan, sepertimana yang telah
beliau perjuangkan demi masa hadapan Malaysia yang lebih baik.
"Jangan bersedih...kita lakukan apa sahaja untuk membebaskan Anwar, membebaskan masa hadapan kita.
"Anwar bukan sahaja 689 hari dipenjarakan...sebelumnya 10 tahun
meringkuk dalam penjara, dari zaman muda sampai ke tua...namun kita
jangan putus harap, terus mara ke hadapan dan jangan sesekali putus
semangat semoga ALLAH beri kita kekuatan," katanya dalam ucapan di
pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya hari ini.
Terdahulu seawal jam 8.30 penyokong Anwar penuhi pekarangan Istana Kehakiman untuk memberi sokongan moral terhadap Anwar.
[ARTIKEL BERKAITAN: Penyokong Anwar penuhi pekarangan Istana Kehakiman]
Hari ini akan menyaksikan hari terakhir untuk Anwar menggunakan saluran
perundangan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun
kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan peguam bela Anwar bantah panel]
1 orang berkata:
SERBAN TEBAL GILA TAPI NAK BAYAR HUTANG KAT KAPIR LIAT NAK MAMPOOOSS
Post a Comment