Harap mursyidul am baharu kesan perosak Pas
ALOR SETAR – Pelantikan Hashim Jasin sebagai Mursyidul Am Pas yang
baharu diharapkan dapat menghidu anasir-anasir perosak yang terdapat di
dalam dan luar parti Islam itu.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian
Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata,
perkara itu supaya Pas tidak diheret ke arah kerjasama politik yang
sia-sia dan merendahkan martabat Pas dalam pembangkang seperti yang
dilalui pada sebelum ini.
“Pelantikan Hashim seolah penerusan fasa kepimpinan orang Perlis dalam
Pas. Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dari pantai timur dan
Mursyidul pula dari pantai barat dan utara semenanjung, ia tidak
menjadikan seolah pemimpin Pas dari Kelantan dan Terengganu saja
memonopoli kepimpinan utama Pas.
“Walaupun beliau kurang popular di kalangan orang ramai, tetapi gaya
dan sikap yang sederhana, berhemah dan lebih mengaplikasikan ilmu
bersifat ilmiah itu yang perlu diutamakan, dan mungkin inilah sebabnya
Dewan Ulama Pas memilih beliau,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, Pas memerlukan seorang Mursyidul Am yang mampu menjadi pembina kepada parti Islam itu dan bukan perosak.
“ Untuk menjalinkan ukhuwah dan perpaduan ummah masa kini, beliau perlu
teruskan dakwah dan gaya sederhana yang diaplikasikan Allahyarham Datuk
Dr Haron Din yang juga sanggup menjadi Ketua Biro Dakwah Majlis
Perundingan Islam yang ditubuhkan kerajaan demi kebajikan dan dakwah
Islamiah.
“Bekas Pesuruhjaya Pas Perlis itu haruslah komited dengan agenda
perdamaian dan silaturahim antara pemimpin Umno dan Pas, berbanding
bekerjasama dengan parti lain yang boleh merosakkan perjuangan Islam,”
katanya.
Penganalisis politik itu berkata, Hashim juga harus bersifat kontemporari yakni peka isu dan ancaman baru.
“Dulu era Datuk Mujahid Yusuf Rawa dan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik
Mat suasana dan isu berbeza, kini rakan rapat pas dalam pembangkang
seolah sudah mengecewakan dan merendahkan maruah Pas. Maka Hashim
selepas dilantik sebagai Mursyidul Am Pas yang baharu perlu melihat hal
ini sebagai keutamaan.
“Biarlah Pas bersama Gagasan Sejahtera atau boleh juga bekerjasama
dengan Umno yang lebih membina kebaikan, berbanding bersama Pakatan
Harapan yang sudah kelihatan tidak mesra kepimpinan Pas,” katanya.
Ujarnya, Pas seperti belum lagi terselamat sepenuhnya dari cubaan
berterusan pencerobohan ideologi parti-parti pembangkang yang tertarik
dalam menguasai parti Islam itu.
“Inilah cabaran yang beliau perlu amati dan fahami dalam tugasannya
sebagai Mursyidul Am dalam sebuah parti yang berpotensi di takluk urus
tadbirnya oleh pihak asing.
“Perjuangan Hashim adalah bagi mengekalkan kemerdekaan dan kemuliaan
Pas supaya kekal dengan perjuangan untuk Islam dan bukan berjuang untuk
parti serta merebut kekuasaan semata-mata,” katanya.
2 orang berkata:
Perosak yg patut dicari dlm parti walaunta;
I. Yg lambat bayar hutang orang
Ii. Yg kerja kebas balak
Iii. Yg mengkafirkan org lain
Iv. Yg cilok duit cikgu yik
V. Yg makan dedak.
Semoga ditadbir sama spt TGNA. Senang shj gunakan lembu utk mengesan mahluk perosak yg makan dedak dan yg ada bau2 dedak. Haiwan lembu sangat peka mengesan spesisnya.
Post a Comment