Kenyataan PM tentang berhemah sukar dipercayai
SHAH ALAM - Hujah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mengenai
kerajaan akan mengurus kewangan negara secara bertanggungjawab dan
berhemah didakwa sedap didengar, namun rakyat sukar mempercayainya.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, negara
diancam dengan ketirisan dan rasuah yang sistematik di bawah
pemerintahan yang diterajui Umno.
"Rampasan RM114.5 juta oleh SPRM daripada dua pegawai kanan sebuah
agensi kerajaan di sini, yang didakwa menyalahgunakan kuasa membabitkan
projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion di Sabah baru-baru ini yang
disifatkan sebagai ikan kecil oleh pelbagai pihak adalah bukti kepada
perkara ini.
"Bayangkan berapa banyak duit yang boleh dijumpai kalau mereka
tergolong antara ikan-ikan jerung," katanya dalam satu kenyataan hari
ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan urus kewangan cara berhemah, kata Najib]
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Najib semalam yang
dipetik sebagai berkata kerajaan mahu menghulurkan sebanyak mungkin
bantuan dan manfaat untuk rakyat dalam Bajet 2017 namun pada masa sama
mengurus kewangan negara secara bertanggungjawab dan berhemah.
Tuan Ibrahim berkata, peruntukan Jabatan Perdana Menteri meningkat dari
RM13 bilion ke RM20 bilion dari tahun 2012 ke 2016, dan angka ini
dijangka meningkat di 2017.
"Yang menyedihkan ialah sementara bajet JPM meningkat, bajet untuk rakyat seperti pendidikan pula dikurangkan.
"Jika PM serius mengenai perbelanjaan negara, selain perbelanjaan
berhemah, perbelanjaan negara juga perlu tepat ke sektor yang menjana
peluang pekerjaan seperti sektor tenaga bersih, infrastruktur, syarikat
kecil dan terutamanya sektor pendidikan yang membina rakyat dan negara
untuk jangka masa panjang, dan bukannya JPM," katanya.
Oleh itu, katanya Najib usah risau dengan pengurangan bajet JPM di 2017 asalkan beliau terus memastikan rasuah dibanteras.
"Bukankah membanteras rasuah lebih mudah daripada menaikkan GST?
Dua-duanya menjana pendapatan, cumanya satu disokong rakyat dan satu
lagi bakal dikutuk rakyat habis-habisan," katanya.
4 orang berkata:
Knapa dgn titm ni?
Knapa ayat dia lain dgn ayat tuang presdeng?
Mana blh macam turr...
Knp titm yg selalu hentam najib si ketua penyamun bukannya hadi si tuang presideng parti jual agama?
Ini yang kita mahu...sejajar dgn perjuangan pas menolak pemimpin yg korup. Bukan mcm hadi
So jgn jadi si jamban al unta buat sidang media masa berak. Bela si korupsi...takut kehilangan dedak makanan asasi nya
Post a Comment