Pasukan peguam bela Anwar bantah panel
PUTRAJAYA - Pasukan peguam bela kepada bekas Ketua Pembangkang, Datuk
Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bantahan terhadap panel hakim Mahkamah
Persekutuan yang akan mendengar permohonan semakan atas sabitan bersalah
dan penjara lima tahun yang sedang dihadapi Anwar kerana kesalahan
meliwat bekas pembantu peribadi, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram mengemukakan bantahan itu ketika
Mahkamah Persekutuan itu mula bersidang bagi mendengar permohonan
semakan itu sebentar tadi.
Panel lima hakim itu diketuai Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan
turut dianggotai Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin; Tan Sri Richard
MalanjumTan Sri Hasan Lah; Tan Sri Abu Samah Nordin; dan Tan Sri
Zaharah Ibrahim.
Panel tersebut merupakan panel yang sama yang membuat keputusan menolak
permohonan Anwar pada 23 Mei lalu untuk memanggil bekas Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Ramli Yusuff bagi memberi keterangan
berhubung insiden 'mata lebam' dalam prosiding semakan keputusan kes
liwat itu.
Gopal berkata, korum tersebut dalam penghakimannya menolak permohonan
berkenaan atas alasan ia tidak relevan dengan prosiding semakan itu.
Selain itu hujahnya, korum itu juga memberikan alasan tambahan bahawa
Anwar telah diberikan perbicaraan yang adil di peringkat Mahkamah
Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Bagaimanapun selepas mahkamah ditangguhkan beberapa ketika, panel itu
memutuskan dua perenggan dalam penghakiman mereka pada 23 Mei lalu tidak
menggambarkan berat sebelah dan mereka tidak akan menarik diri daripada
mendengar semakan itu.
Prosiding semakan dikemukakan Anwar mengikut Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 diteruskan.
Aturan 137 membenarkan pihak yang kalah perbicaraan memohon Mahkamah
Persekutuan membuat semakan semula terhadap keputusan sekiranya terdapat
bukti-bukti baharu yang kukuh untuk menyokong fakta kes.
1 orang berkata:
Oh...itu barisan panel hakim yang pelahap dedak..
Post a Comment