Hashim Jasin dilantik Mursyidul Am Pas baharu
SHAH ALAM - Majlis Syura Ulama menerusi mesyuarat yang diadakan di
Pejabat Agung Pas sebulat suara memilih dan melantik Hashim Jasin
sebagai Mursyidul Am Pas yang baharu bagi menggantikan Allahyarham Datuk
Dr Haron Din.
Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh
berkata, menerusi mesyuarat tersebut, Datuk Ahmad Yakob dipersetujui
sebulat suara kekal sebagai Timbalan Mursyidul Am Pas.
Menurutnya, faktor yang Ahmad dikekalkan sebagai Timbalan Murysidul Am,
walaupun beliau layak untuk memegang jawatan itu disebabkan beliau
sentiasa sibuk dengan tugas-tugasnya yang lain sebagai Menteri Besar
Kelantan.
Katanya, menerusi mesyuarat tersebut, Ahmad sendiri merayu kepada
Majlis Syura supaya memilih dan melantik orang lain yang berkelayakan
sebagai Mursyidul Am Pas.
"Kita pilih dan lantik Tuan Guru Hashim Jasin kerana dia yang paling
tua dalam Majlis Syura. Selain itu, beliau mempunyai ilmu yang mantap,
di samping pandangan politiknya yang jauh dan mantap," katanya dipetik
Harakahdaily.
Allahyarham Haron Din kembali ke rahmatullah pada 16 September lalu,
jam 10.10 pagi waktu Malaysia di Hospital Stanford University, San
Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.
0 orang berkata:
Post a Comment