Khalid: Pas parti utamakan syariat Islam
CYBERJAYA - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
berpandangan bahawa Pas lebih mengutamakan prinsip berlandaskan syariat
Islam dalam perjuangan mereka.
Menurut beliau, walaupun rakyat negara ini hidup dalam keadaan
berbilang kaum namun konsep mengutamakan syariat Islam tetap dipegang
oleh Pas dalam perjuangan mereka.
"Saya sendiri menyokongnya sebab itu pemilihan rakan-rakan mestilah
berasaskan daripada konsep tersebut,"katanya kepada pemberita selepas
Pelancaran 1Media Online & Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia,
di sini, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pas tetap utamakan Gagasan Sejahtera]
Sebelum ini, Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan memaklumkan bahawa
parti Islam itu menolak mana-mana parti politik yang mendukung serta
bekerjasama dengan DAP.
Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata, sekiranya ada di antara parti
politik yang tidak dapat mengikut konsep tersebut, Pas boleh mengambil
pendekatan untuk tidak menjalinkan kerjasama dengan pihak berkenaan.
"Jika mereka (parti politik) berfikir bahawa perkara ini tidak boleh
diteruskan maknanya Pas tidak perlu mendapatkan rakan-rakan yang
sebegini,"katanya.
1 orang berkata:
khalid dh x kawan pkr memang gitu la bunyi dia..sama la mcm pas dulu masa kawan dap,kalo join bersih dia kata jihad..dah x kawan dap kalo join bersih x jihad dah hehe..
aku pun x paham kat barua2 yg taksub kat parti politik ni..bodoh tol kene main je hehe
Post a Comment