SPRM tiada kuasa mulakan pendakwaan
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya
berperanan untuk menyiasat kes melibatkan rasuah malah badan itu juga
tidak mempunyai kuasa bagi memulakan sebarang pendakwaan.
Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar
berkata, banyak pihak tidak menyedari mengenai perkara tersebut malah
dalam hal pendakwaan, hanya Jabatan Peguam yang mempunyai kuasa
berkenaan.
“Ramai yang percaya bahawa SPRM terpilih dalam pendakwaan terutamanya
kes yang melibatkan ahli-ahli politik namun ini adalah tidak benar,”
katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu kata Akhbar, Peguam Negara seharusnya adil dalam hal ini dan tidak hanya membuat keputusan secara selektif.
Beliau berkata, Peguam Negara perlu memainkan peranan untuk tidak
terlibat dalam politik bagi mengelakkan mana-mana pihak meragui
keputusan dibuat demi kepentingan negara.
“Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan
bahawa Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan
menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan
apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding di hadapan
mahkamah Syariah, mahkamah negeri, atau mahkamah tentera,” katanya.
Baru-baru ini, SPRM menjumpai sejumlah wang tunai di dalam sebuah rumah
salah seorang pegawai kanan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Sabah
dalam serbuan ke rumahnya.
Dalam pada itu, Akhbar memaklumkan bahawa SPRM perlu membasmi gejala
rasuah secara serius bagi meningkatkan kredibiliti, sokongan dan
keyakinan orang ramai terhadap badan itu.
Beliau berkata, SPRM perlu melaksanakan komitmennya dalam menjalankan
siasatan secara telus dan profesional tanpa rasa takut atau pilih kasih.
“Dengan itu, mereka (SPRM) tidak boleh sewenang-wenangnya membenarkan
campur tangan pihak tidak berkaitan dalam siasatan memandangkan tiada
sesiapa pun dapat mengatasi undang-undang,” katanya.
Selain itu, Akhbar memaklumkan bahawa hakim juga perlu memainkan
peranan penting dengan mengenakan hukuman maksimum kepada tertuduh dalam
usaha untuk menggelakkan kesalahan berulang di samping sebagai mesej
kepada orang ramai untuk tidak terlibat dengan rasuah.
Ujarnya, tindakan agresif oleh SPRM dalam sektor awam juga perlu
diperluaskan kepada kes rasuah berprofil tinggi melibatkan ahli politik.
“Kes-kes berprofil tinggi terdiri daripada Adun serta Ahli Parlimen dan
SPRM perlu menyiasat mereka yang terlibat untuk dibawa ke muka
pengadilan,”katanya.
Tambah beliau, menerusi Survey Barometer Rasuah Malaysia 2014
menunjukkan bahawa parti-parti politik adalah merupakan pertubuhan
paling korup di negara ini diikuti dengan polis serta penjawat awam.
0 orang berkata:
Post a Comment