SEPATUTNYA AMANAH PUNYA AHLI LEBIH 300 RIBU, SEBAB AMANAH MULUT BESAR, NAMUN SUDAH MERASA GAH, KEAHLIAN MCA DAN MIC TAK PERLU DIBANDINGKAN DENGAN PAN SEBAB TAK LAYAKPUN NAK BANDINGKAN, INI SEMUA ORANG TAHU, KENYATAAN ANUAR TAHIR SEBENARNYA SATU PROPAGANDA MURAHAN SAHAJA - Pak Karamu
Amanah lebih gah daripada MCA, MIC
SHAH ALAM - Setelah lebih setahun penubuhan, Parti Amanah Negara
(Amanah) kini boleh diibaratkan, 'duduk sama rendah berdiri sama tinggi'
dengan parti utama yang lain.
Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Anuar Tahir berkata,
selepas dilancarkan secara rasmi pada 16 September 2015, boleh dikatakan
Amanah kini lebih gah daripada MCA dan MIC.
"Saya boleh katakan berdasarkan pengalaman apa yang ada pada Amanah
adalah sangat unik, kami tidak ada nama besar tiada bekas Perdana
Menteri atau Timbalan Perdana Menteri, kami hanya ada sekumpulan orang
politik yang punya pengalaman, iaitu profesional dan ulama.
"Jadi saya percaya kita (Amanah) lebih kuat daripada parti dalam BN,
saya boleh katakan kita jauh lebih besar dan kuat daripada MCA, atau
MIC," katanya kepada Sinar Harian dalam wawancara eksklusif bersamanya
di Ibu Pejabat Amanah, di Kuala Lumpur, semalam.
Dalam pada itu, mengulas mengenai kekuatan Amanah kini, Anuar berkata
walaupun boleh dikatakan Amanah baru setahun jagung penubuhannya namun
parti itu berjaya mewujudkan 400 cawangan iaitu dari Perlis hingga ke
Sabah.
"Walaupun ahli parti kita masih di bawah angka 100,000 namun kita ada struktur parti yang kukuh," katanya,
Parti Amanah akan mengadakan Konvensyen pertamanya pada 10 dan 11
Disember ini di, Shah Alam Convention Centre (SACC) , Shah Alam.
Parti ini didaftarkan sebagai Malaysia Workers' Party (Parti
Pekerja-Pekerja Malaysia) dan kemudiannya dijenamakan semula sebagai
Parti Amanah Negara.
2 orang berkata:
Sejak penubuhannya Pan cakap besar. Nak tunjuk hebat konon. Arah tuju parti pun tak tentu hala. Apa yg dibuat hanya pak angguk utk Dap.
Sbb banyak di kalangan kami tidak mendaftar sebagai ahli parti amanah negara,, tertapi kami tetap menyokong parti amanah negara 100%
Post a Comment