PENGANALISIS NAK SEBUT PAKATAN APA NI ? PAKATAN HARAPAN ATAU PAKATAN RAKYAT, CER TANYA PAS MEREKA MASIH BERSAMA DI SELANGOR BERDASARKAN PAKATAN HARAPAN KE PAKATAN RAKYAT ? PAS MASIH LAGI MENGIKTIRAF PAKATAN RAKYAT WALAUPUN DIKATAKAN TELAH BERKUBUR, DENGAN PKR PAS MASIH ADA HUBUNGAN TAHALUP YANG DIBUAT PADA ZAMAN PAKATAN RAKYAT, KALAU ADA YANG KATA PKATAN RAKYAT SUDAH MATI ITU DIA ORANG PUNYA PASAL, TAPI TANGGAPAN PAS PAKATAN RAKYAT MASIH UJUD - Pak Karamu
Penganalisis: Pas ibarat ‘sesumpah’
SHAH ALAM - Parti Pas perlu menyatakan pendirian mereka dari segi
sokongan dan pendekatan politik yang ingin dibawa kerana dalam situasi
sekarang, parti Islam itu dilihat seolah-olah sebuah parti yang tidak
konsisten pendiriannya.
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang,
Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof
Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata demikian ketika mengulas
kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan kepada Bersatu
bahawa mereka tidak boleh mengadakan hubungan dengan DAP dan Amanah jika
mahu bekerjasama dengan Pas.
“Pas sebenarnya adalah parti yg tidak konsisten pendiriannya. Saya rasa
daripada menyatakan kritikan kepada Bersatu, baik Pas nyatakan
pendirian dari segi sokongan dan pendekatan politik yang ingin dibawa.
"Dalam keadaan sekarang Pas seperti ‘sesumpah’ yang boleh berubah rupa
apabila tiba masanya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Kenyataan Takiyuddin juga sedikit sebanyak menimbulkan spekulasi
tentang kedudukan dan masa depan Pas di peringkat kerajaan negeri
Selangor apabila dilihat terdapat kemungkinan percanggahan pendirian
antara Pas pusat dan negeri.
“Dari segi prinsipnya, Pas Selangor perlu mengundurkan diri. Adalah
tidak teguh prinsip perjuangan menyokong Pakatan di Selangor tetapi
tidak di peringkat Pusat. Rakyat akan berpersepsi tidak molek kepada
Pas. “Bersatu pula memang sebelum ini menyatakan hasrat supaya Pas
menyertai Pakatan, namun saya tidak pasti pendirian terkini Bersatu.
“Mungkin Bersatu sudah putus asa dengan pendirian Pas yang tidak jelas.
Jadi, dalam pengamatan saya, kemungkinan Pas untuk tidak menyertai
Bersatu dan Pakatan adalah tinggi,” katanya.
2 orang berkata:
PAS pelacur agama.
Pakatan baru terdiri drp PKR, dap, amanah dan bersatu dikenali sebahagian PAKATAN HARAPAN.
pas kalau tak tau malu, muka tebal mcm kulit baby, duduklah kat Selangor tu. Tapi kalu ada maruah diri, ada walak kepala butto, sila berambooooss
Post a Comment