Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KESAN GEMPA BUMI ACHEH



Gempa Acheh: Penduduk, pelancong lari selamatkan diri

07/12/2016 5:18pm


Penduduk melihat masjid yang roboh akibat genpa bumi pagi tadi.


KUALA LUMPUR - Siren kecemasan mengejutkan pelancong dan penduduk tempatan di sekitar Banda Acheh, Acheh, Indonesia yang sedang tidur sewaktu gegaran berukuran 6.4 skala Richter berlaku pagi tadi.

Seorang pelancong Malaysia yang hanya mahu dikenali sebagai Azreen, berkata, dia dan suami yang menginap di sebuah hotel di sana, dikejutkan dengan gegaran dan siren kecemasan tanda evakuasi segera kira-kira pukul 5 pagi tadi (waktu Malaysia 6 pagi).

"Terasa goyang yang sangat kuat kira-kira 10 saat. Saya terus buka tingkap dan melihat ramai orang bertempiaran keluar dalam ketakutan. Kami bergegas mengambil pasport dan berkumpul di lobi hotel bersama-sama pelancong lain," katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Beliau yang baru tiba semalam untuk bercuti di Acheh berkata turut kedengaran laungan azan dan bacaan Al-Quran di kawasan masjid berdekatan hotel selain orang ramai mengucap dua kalimah syahadah tanpa henti sewaktu kejadian tersebut.

Sejurus gempa bumi terhenti, Azreen dan suami kemudian bergegas mengambil beg pakaian dan meninggalkan kawasan tersebut. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.