97 mangsa korban gempa bumi Aceh setakat ini
ACEH - INDONESIA. Seramai 97 orang disahkan terbunuh dan ratusan cedera
dalam satu gempa bumi berukuran 6.4 skala ritcher di Aceh pagi tadi
lapor BBC news.
Ketua tentera Aceh, Tatang Sulaiman mengesahkan perkara tersebut serta
mengatakan bahawa kemungkinan besar bahawa masih ramai yang terperangkap
di bawah timbunan runtuhan rumah-rumah dan bangunan.
“Setakat ini, 97 orang terbunuh dan jumlah terus meningkat,” katanya dalam satu temu bual langsung.
Pada 2004, gempa bumi yang melanda dasar laut di luar pantai Aceh
menyebabkan tsunami yang mengorbankan lebih 170,000 orang di Indonesia
sahaja dan juga beberapa negara lain termasuklah Malaysia.
Bagaimanapun, Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) mengesahkan bahawa
tiada amaran tsunami dikeluarkan berikutan kejadian gempa terbabit.
[ARTIKEL BERKAITAN: Gempa Aceh: Sekurang-kurangnya 20 terkorban]
Kawasan yang paling teruk dilanda gempa adalah Pidie Jaya yang terletak
sepanjang pantai di Utara Aceh, kira-kira 110 kilometer dari ibu kota
Banda Aceh dan mempunyai penduduk kira-kira 150,000 orang.
Dianggarkan lebih daripada 200 kedai-kedai dan rumah-rumah telah musnah
berserta dengan 14 buah masjid, sebuah sekolah dan hospital.
Wakil Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB) Sutopo Nugroho
mengatakan operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan.
“Masih ramai lagi penduduk yang terperangkap di bawah runtuhan dan
operasi mencari dan menyelamat menggunakan jentera berat masih
dijalankan.
“Mudah-mudahan kita dapat menyelesaikan proses memindahkan kesan-kesan runtuhan ini sebelum matahari terbenam,” katanya lagi.
0 orang berkata:
Post a Comment