KUALA LUMPUR - Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas membabitkan
penerbangan PK-661 Pakistan International Airlines (PIA) di utara
Pakistan hari ini, menurut jurucakap Kementerian Luar.
Beliau berkata Kementerian akan terus memantau perkembangan.
"Pada masa ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden itu," kata beliau ketika dihubungi Bernama malam ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat Pakistan bawa 47 penumpang terhempas]
Menurut laporan media asing, sebuah pesawat berkenaan membawa 40 orang terhempas di lereng gunung di utara Pakistan hari ini.
PIA berkata pesawat tersebut terputus hubungan dengan menara kawalan
ketika dalam penerbangan ke ibu negara, Islamabad, dari wilayah utara
Chitral.
Syarikat penerbangan itu berkata pesawat tersebut terhempas pada jam
1642 waktu tempatan (1142 GMT) di kawasan Havelian di wilayah Khyber
Pakhtunkhwa, kira-kira 125 km ke utara Islamabad. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment