MATLAMAT ALLAH JADIKAN MANUSIA DI SEBUT OLEH ALLAH DI DALAM AL QURAN
FiramanNya:
ايحسب الأ نسن أن يترك سدى
Maksudnya:
Adakah manusia itu mengira bahawa ia di biarkan begitu sahaja ? (Tidak mempunyai matlamat dan di perhitungkan di sisi Allah) Surah Al Qiyamah ayat 36
Ayat yang di atas di tujukan oleh Allah kepada manusia supaya manusia tersentuh perasaannya, hatinya, akal fikirannya supaya mereka menyedari bahawa mereka tidak di jadikan oleh Allah s.w.t dengan sia-sia melainkan mereka di bebankan dengan tanggungjawab yang telah di amanahkan oleh Allah dengan amanah daripadaNya dan kemudiannya mereka akan di hitung di sisi Allah s.w.t
Manusia adalah di antara makhluk Allah yang mempunyai keistimewaan dari makhlukNya yang lain, mereka di amanahkan oleh Allah supaya menjadi khalifah untuk mentadbir planet bumi mengikut acuan daripadaNya, mereka di kehendaki bersifat amanah dan tidak melakukan kerosakan di bumi dan seluruh isinya, dan mereka di larang melakukan penyelewengan dan berlaku zalim sesama manusia
Semua amanah tersebut hendaklah di lakukan dengan sebaik-baiknya, sekalipun dengan manusia yang bukan satu aliran dengan aliran mereka, mereka di larang berdendam sekalipun mereka mampu membalas dendam kerana mema'afkan sesama manusia itu lebih baik dan mendapat pahala kesabaran namun jangan sampai ke tahap dayus dan 'aib
Manusia hendaklah ingat, sesungguhnya jika ada di kalangan kamu yang beramal dengan amalan ahli neraka (membuat penginayaan, penipuan, kezaliman) sehingga jarak di antaranya dengan neraka (mati) sekadar sehaster saja lagi, tiba-tiba mereka beramal dengan ahli syurga maka mereka akan di masukkan ke dalam syurga, demikian juga jika mereka beramal dengan ahli syurga sehingga jaraknya dengan mati sekadar satu hasta saja, tiba-tiba mereka beramal dengan amalan ahli neraka, maka mereka akan di masukkan ke dalam neraka
Manusia di harapkan supaya jangan berbangga dengan diri masing-masing kerana kuasa yang ada pada mereka yang sementara itu untuk membuat penginayaan sesama manusia, mereka perlu menghisab diri mereka masing-masing sebelum mereka di hisab di hadapan Allah s.w.t dan mereka perlu bersedia mengakhirkan kehidupan mereka dengan berbaik sangka dalam menjalankan tugas mereka sebagai khalifah di bumi, mereka jangan di pesongkan dengan sikap bodoh dan sombong yang menuju kejalan su'ul khatimah iaitu kesudahan umur yang sangat buruk
4 orang berkata:
Salam..
Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa menganiaya sejengkal saja dari tanah, Allah akan mengalungkan tujuh bumi kepadanya di hari Akhirat"
suka n3 macam nih, TQ
Sangat barang bagus..
zzzzz2018.8.15
longchamp handbags
kate spade outlet online
coach outlet
football pas cher
pandora
nike air max 2017
adidas nmd
super dry
longchamp outlet
louboutin shoes
Post a Comment