Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENGAPA PAK KARAMU TIDAK SERTAI UMNO

Salam

NAK JAWAB PERTANYAAN KAWAN, MACAMLAH PAK KARAMU TIDAK SAYANGKAN BANGSA SENDIRI

Pak Karamu memang sayangkan bangsa sendiri, demikian juga dengan orang lain yang sayangkan bangsanya namun Pak Karamu tidak sanggup keluar dari menjadi umat Muhammad s.a.w kerana tidak mahu masuk dan kekal di dalam neraka Allah s.w.t
Pak Karamu takut dengan hadis shoheh ini:

ليس منا من دعا الى عصبية، وليس منا من قاتل عصبية، وليس منا من مات على عصبية

Maksudnya:     Bukan dari kalangan kita orang yang menyeru ke jalan kebangsaan, dan bukan dari kalangan kita mereka yang berjuang atas dasar kebangsaan, dan bukan dari kalangan kita orang yang mati di atas dasar kebangsaan
                                                                                                        (Hadis riwayat Muslim wa Abu Daud)

Hadis di atas benar-benar menginsafkan saya dan keluarga seluruhnya, bagi Pak Karamu jika hendak memperjuangkan bangsa biarlah islam sebagai dasarnya bukan semangat bangsa yang di tolak oleh Rasullullah s.a.w dan juga agama

Di zaman Rasullullah s.a.w ramai juga orang arab yang tidak faham tentang dasar Kebangsaan (assobiyah)  yang di larang umat islam mengamalkannya, lalu para sahabat bertanyakan kepada baginda Rasullullah s.a.w      ما العصبية يا رسول الله ؟  (Apakah dia yang di katakan asobiyah itu ya Rasullullah ? ) Lalu baginda Rasullullah s.a.w menjawab :   العصبية ان تعين قومك على الظلم  (Yang di maksudkan asobiyah itu ialah kamu  membantu kaum kamu di atas kezaliman)

Ayat yang di atas  menginsafkan saya sebagai orang islam maka saya tidak ada pilihan melainkan menyertai jama'ah islam yang dasarnya menepati agama  yang di tuntut oleg Allah dan RasulNya, saya rasa jika saya tidak menyertai jama'ah islam maka semua ibadat saya terbatal dengan sendirinya, solat saya tidak berguna, al quran yang di baca menjadi sia-sia, pergi menunaikan haji dapat letih dan buang duit, puasa saya dapat lapar sedangkan pahalanya tidak ada kerana semata nabi tidak mengakui diri saya sebagai umatnya, cubalah kita jawab sendiri bagaimana kita nak solat sedangkan solat itu dari nabi dan al quran itu mukjizat nabi di waktu yang sama orang lainpun solat juga dalam keadaan nabi tak akui umatnya,  bagaimana jadinya ibadat tersebut ? Ada siapa yang boleh jawab ?

Saya mengambil satu contoh yang nyata iaitu apabila kita sembahyang maka kita akan berkata: Iyyaka na'abudu wa Iyyaka nastai'en" (Pada Kamu kami sembah dan pada Kamu kami memohon pertolongan) Ayat ini menunjukkan berjama'ah secara islam iaitu dengan menyebut na'abudu, bukan a'abudu jadi saya rasakan selagi saya tidak menyertai jama'ah islam maka selagi itu kita tipu Allah setiap kita membaca surah al fatihah


free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.