BILA AGAKNYA BN/UMNO MAHU JADI PANDAI ?
Pilihanraya Sibu nampaknya sudah mula panas, isu awal yang di utarakan soleh BN/SUPP Sarawak jika di teliti ia hanya memerangkap BN/UMNO di semenanjung dan memerangkap juga BN/SUPP di sarawak, isu awal BN/SUPP ialah jika rakyat Sibu undi DAP bererti rakyat Sibu undi PAS dan negara islam
Memang isu ini agak menakutkan rakyat Sibu dari keturunan masyarakat setempat akan tetapi untuk membalas isu PAS dan negara islam ini sebenarnya BN/SUPP Sarawak mengundang padah kerana ia seolah-olah BN/SUPP Sarawak memberi dorongan supaya Pakatan Rakyat mengeluarkan isu kalimah Allah yang di tentang BN/UMNO di semenanjung
Di Sibu ramai yang beragama kristian baik cina mahupun kaum Iban, mereka ini mahukan kalimah Allah di halalkan bagi penganut kristian tetapi di halang oleh BN/UMNO akan tetapi tetiba PAS pula menyokong orang kristian menggunakan kalimah Allah kerana itu sudah di tetapkan oleh Allah sendiri, jadi orang kristian di sana sudah macam ada persefahaman dengan orang PAS di Sibu
Penceramah PAS di Sibu nampaknya begitu mudah mendekati penganut Kristian kerana ada persefahaman dalam isu kalimah Allah, kemudian di ikuti pula dengan isu pembakaran gereja di satu ketika tidak lama dulu jadi nampaknya BN/SUPP mungkin sengaja keluarkan isu agama supaya isu kalimah Allah di buka kembali dan nampaknya ia amat berkesan ! jadi siapa bodoh ?
BN/SUPP Sarawak mungkin ada muslihat untuk menumbangkan BN/UMNO dan BN/SUPP di Sarawak dengan isu agama ini mengkin juga isu yang di mainkan ini tanpa di sedarinya ia akan memakan diri. Sekarang ada kenyataan dari rakyat Sibu berterima kasih dengan penceramah BN/SUPP kerana mengingatkan rakyat Sibu supaya jangan lagi halang orang pristian menggunakan kalimah Allah
Dengan isu ini juga penceramah PAS sudah merasa selesa memasukki gereja untuk tujuan berkempen tanpa halangan malah ada yang menjemput mereka menyatakan pendirian islam tentang kalimah tersebut, nah sekarang siapa bodoh ? Siapa bebal ?
0 orang berkata:
Post a Comment