Sementara BN/UMNO masih memerintah kerajaan pusat dan mempunyai kuasa mengendalikan kewangan negara maka mereka jangan menggunakan kuasa kewangan tersebut sebagai alat untuk merasuah rakyat dengan pembangunan ala mee segera untuk memikat hati rakyat apabila ada sesuatu pilihanraya kecil ataupun pilihanraya umum berlaku kerana rakyat sudak nampak perbuatan ini adalah rasuah politik
Sudah sekian lama kerajaan melakukan rasuah politik di negara ini untuk memikat hati rakyat sehinggakan parti lawannya menjadi bingung, mereka tidak berdaya melawan rasuah dengan hanya mendedahkan kebenaran dan penyelewengan yang di lakukan oleh kerajaan yang memerintah melainkan mereka berdo'a kepada Tuhan supaya di hancurkan perbuatan rasuah itu sehingga mereka yang melakukannya tersedar
BN/UMNO dari dulu hinggalah sekarang nampaknya masih menunjukkan kuasa yang salah dan sentiasa memulakan sesuatu isu yang sangat merbahaya yang akhirnya memakan diri sendiri sebab itu kita dapat menilai sikap mereka yang memulakan berbagai isu yang agak bahaya kemudian menuding jari menuduh orang lain melakukannya, dan perbuatan ini sebenarnya sentiasa di perhatikan oleh rakyat dan menilainya
Rakyat Malaysia sudah bijak menilai akan kebenaran dan kesalahan guna kuasa oleh kerajaaan BN/UMNO sehinggakan mereka sewenang-wenangnya memperalat agensi kerajaan untuk menumbangkan lawannya seperti menggunakan khidmat mereka yang sepatutnya tidak di lakukan sedemikian rupa, semuanya itu di nilai oleh rakyat, dan sekarang rakyat sudah mula kasihan terhadap kumpulan yang kena buli dan di inaya
TAKUTLAH KAMU TERHADAP DO'A ORANG YANG KAMU INAYA
0 orang berkata:
Post a Comment