NAK JAWAB PERTANYAAN KAWAN, MACAMLAH PAK KARAMU TIDAK SAYANGKAN BANGSA SENDIRI
Pak Karamu memang sayangkan bangsa sendiri, demikian juga dengan orang lain yang sayangkan bangsanya namun Pak Karamu tidak sanggup keluar dari menjadi umat Muhammad s.a.w kerana tidak mahu masuk dan kekal di dalam neraka Allah s.w.t
Pak Karamu takut dengan hadis shoheh ini:
ليس منا من دعا الى عصبية، وليس منا من قاتل عصبية، وليس منا من مات على عصبية
Maksudnya: Bukan dari kalangan kita orang yang menyeru ke jalan kebangsaan, dan bukan dari kalangan kita mereka yang berjuang atas dasar kebangsaan, dan bukan dari kalangan kita orang yang mati di atas dasar kebangsaan
(Hadis riwayat Muslim wa Abu Daud)
Hadis di atas benar-benar menginsafkan saya dan keluarga seluruhnya, bagi Pak Karamu jika hendak memperjuangkan bangsa biarlah islam sebagai dasarnya bukan semangat bangsa yang di tolak oleh Rasullullah s.a.w dan juga agama
Di zaman Rasullullah s.a.w ramai juga orang arab yang tidak faham tentang dasar Kebangsaan (assobiyah) yang di larang umat islam mengamalkannya, lalu para sahabat bertanyakan kepada baginda Rasullullah s.a.w ما العصبية يا رسول الله ؟ (Apakah dia yang di katakan asobiyah itu ya Rasullullah ? ) Lalu baginda Rasullullah s.a.w menjawab : العصبية ان تعين قومك على الظلم (Yang di maksudkan asobiyah itu ialah kamu membantu kaum kamu di atas kezaliman)
Ayat yang di atas menginsafkan saya sebagai orang islam maka saya tidak ada pilihan melainkan menyertai jama'ah islam yang dasarnya menepati agama yang di tuntut oleg Allah dan RasulNya, saya rasa jika saya tidak menyertai jama'ah islam maka semua ibadat saya terbatal dengan sendirinya, solat saya tidak berguna, al quran yang di baca menjadi sia-sia, pergi menunaikan haji dapat letih dan buang duit, puasa saya dapat lapar sedangkan pahalanya tidak ada kerana semata nabi tidak mengakui diri saya sebagai umatnya, cubalah kita jawab sendiri bagaimana kita nak solat sedangkan solat itu dari nabi dan al quran itu mukjizat nabi di waktu yang sama orang lainpun solat juga dalam keadaan nabi tak akui umatnya, bagaimana jadinya ibadat tersebut ? Ada siapa yang boleh jawab ?
Saya mengambil satu contoh yang nyata iaitu apabila kita sembahyang maka kita akan berkata: Iyyaka na'abudu wa Iyyaka nastai'en" (Pada Kamu kami sembah dan pada Kamu kami memohon pertolongan) Ayat ini menunjukkan berjama'ah secara islam iaitu dengan menyebut na'abudu, bukan a'abudu jadi saya rasakan selagi saya tidak menyertai jama'ah islam maka selagi itu kita tipu Allah setiap kita membaca surah al fatihah
1 orang berkata:
kate spade outlet online
kate spade handbags
polo ralph lauren outlet
canada goose jackets
oakley sunglasses for men
canada goose outlet
uggs canada
pandora charms outlet
ralph lauren polo
ed hardy outlet
chenminghui20180327
Post a Comment