24 November, 2013
Punca Mahfuz Kalah Naib Presiden Tersebar?
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menerima keputusan Naib
Presiden PAS yang gagal dipertahankannya dalam sesi pemilihan kali
ini.“Bertanding mesti ada kalah dan menang, tiada apa masalah
samalah macam Menteri Besar Kedah (Mukhriz Mahathir) bertanding (Umno)
tak menang juga.
“Jadi tiada masalah, saya masih lagi ahli parlimen kawasan Pokok
Sena yang akan terus menggalas tanggungjawab untuk membawa misi parti
dalam Dewan Rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita di Stadium
Melawati di sini hari ini.
Mahfuz gagal mempertahankan jawatan yang disandangnya dua
penggal berturut-turut sebelum ini apabila kalah tipis dengan
penyandang, Datuk Husam Musa dengan beza hanya 16 undi.
Pesuruhjaya PAS Kedah itu hanya memperoleh 504 undi, manakala Husam 520
undi, Salahuddin Ayub (917), Tuan Ibrahim Tuan Man (849), dan Abu Bakar
Chik (364).
Beliau bagaimanapun menolak dakwaan proses kiraan semula undi
semalam menyebabkan kekalahannya dan mahu semua pihak menghormati
keputusan 1,086 perwakilan yang memilih.
Beliau turut menepis dakwaan kekalahannya itu ada kaitan dengan prestasi
PAS di Kedah semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu dan menegaskan
tidak adil jika beliau dihukum berdasarkan atas faktor tersebut.
“Saya tidak pasti perwakilan keliru atau tidak tapi apa pun bagi
saya itu bukan persoalan kerana perwakilan telah buat keputusan dan
ini harus dihormati semua pihak yang bertanding termasuk diri saya
yang menerima keputusan itu dengan lapang dada,” katanya.
Tidak berkecil hatiMahfuz juga dalam responnya tidak berkecil hati
dengan keputusan Ketua Penerangan PAS Pusat sebelum ini, Tuan Ibrahim
untuk bertanding Naib Presiden menyebabkan peluangnya menjadi sukar.
Sebaliknya, beliau berkata dirinya tidak berasa kecewa malah
sudah bersedia dengan jangkaan tewas dalam pemilihan kali ini.“Setiap
kali saya bertanding dalam pemilihan parti atau PRU saya menyiapkan
ritual diri untuk kalah.
“Sebab itu saya tidak rasa apa-apa sebab saya telah bersedia untuk
tewas.“Saya terima dan redha kerana semua itu adalah ketentuan
Allah,” katanya yang pernah tiga kali tewas bertanding Naib Presiden
sebelum ini.
Ditanya sama ada mahu meneruskan khidmat sebagai Pesuruhjaya PAS negeri,
Mahfuz berkata itu terpulang kepada Pusat untuk memutuskannya.“Saya
dari dulu tolak Pesuruhjaya tu, sekiranya ditawarkan itu agak berat
untuk memikul jawatan Pesuruhjaya jadi bagi saya itu akan diputuskan
oleh parti.
“Jika diberi (amanah) akan dipertimbangkan, sini pun banyak calon
dari Kedah keraka kelayakan untuk jadi Pesuruhjaya bukan saya
seorang sahaja,” katanya. ~fmt
0 orang berkata:
Post a Comment