Anwar 'senyap-senyap' kritik Abdul Khalid
SHAH ALAM - Di sebalik ucapan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim
yang meminta pemimpin membuat teguran secara tertutup, Anwar juga telah
mengkritik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Anwar mengulangi teguran kepada Abdul Khalid terhadap pelaksanaan yang lambat untuk digerakkan walaupun mendengar teguran.
Beliau berkata, tegurannya itu dilakukan sebagai seorang sahabat terhadap menteri besar itu.
"Saya banyak mendengar masalah daripada sahabat saya yang lain seperti Azmin Ali, Tian Chua tapi Tan Sri Khalid paling banyak mendengar.
"Cuma paling lambat laksanakannya, tapi ini semangat kita, ini cara kita menegur.
"Saya menegur sebagai seorang sahabat, saya tegur dengan memujuknya, tetapi saya tegur untuk dia terus memperbaiki beberapa skru longgar yang patut diperketatkan," katanya pada ucapan pergulungan Kongres Nasional 2013 PKR, di sini, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan Anwar yang juga Ketua Pembangkang itu telah mengkritik Abdul Khalid dan memuji Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Anwar mendakwa setakat ini Pulau Pinang di bawah Guan Eng menunjukkan prestasi yang membanggakan berbanding Menteri Besar Selangor, ekoran kelemahan yang dilihat masih belum berjaya diatasi pentadbiran Abdul Khalid.

0 orang berkata:
Post a Comment