Ahad, 24 November 2013
Presiden PAS nafi ulama dipinggir
SHAH ALAM: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi
Awang menafikan bahawa kumpulan ulama terpinggir dalam saf kepimpinan
baru PAS pusat yang dipilih pada Muktamar Tahunan PAS ke-59 kali ini.
Menurutnya, perkara itu tidak sewajarnya berbangkit kerana komposisi ulama dan profesional dalam saf kepimpinan baru PAS adalah seimbang.
"Perkara ini tak timbul. Saya kira dalam Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sahaja ada 9 orang ulama daripada 18 orang," katanya pada sidang media terakhir selepas Muktamar Tahunan PAS ke-59 tditangguhkan kira-kia jam 3 petang ini.
Beliau turut menambah bahawa, bukan jumlah mana-mana kelompok sama ada ulama atau profesional yang perlu dipersoal, tetapi PAS lebih melihat kepada peranan yang akan dimainkan.
"Kita tak mahu macam ulama dalam Umno (tiada peranan). Yang penting kita melihat peranan yang dimainkan nanti," jelas beliau lagi.
Terdahulu beliau diminta memberi komentar oleh wartawan media arus perdana berhubung jumlah ulama dalam saf kepimpinan baru yang didakwa mereka menyaksikan kumpulan ulama tidak mendominasi AJK PAS Pusat.

0 orang berkata:
Post a Comment