Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KESAL TINDAKAN MT UMNO

Isu TSMY: Shafie, Mukhriz kesal tindakan MT Umno
Isu TSMY: Shafie, Mukhriz kesal tindakan MT Umno
KUALA LUMPUR - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal akui kesal dengan proses yang digunakan Majlis Tertinggi Umno untuk mengambil tindakan ke atas bekas Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Shafie, setiap ahli Umno yang akan dikenakan tindakan perlu melalui proses siasatan sebelum diadili.


"Kita sedar dan tahu dari segi proses yang sedia ada kerana sebelum seseorang ahli dipecat (dikenakan tindakan) walau apa jawatan sekalipun, dia harus melalui proses-proses. Pertama, siasatan di mana dia akan dipanggil oleh jawatankuasa disiplin.


"Ini tidak...siasatan dan pengadilan dilakukan oleh kumpulan tertentu. Kemudian, nak pinda jawatan pun oleh kumpulan tertentu. Mana ada keadilan? Kalau ada yang berkata Lembaga Disiplin telah melihat perkara ini, kenapa Tan Sri tidak dipanggil pun?," katanya pada sidang media, di sini hari ini.


Sebelum ini, MT Umno sebulat suara membuat keputusan menggantung jawatan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden parti berkuat kuasa serta merta.


Membuka lipatan sejarah, Shafie yang juga digugurkan dari Kabinet tahun lalu berkata, pemecatan ke atas bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun mengikut prosedur.


"Banyak rentetan sejarah yang saya ingat, contohnya ketika Tengku Razaleigh dan Tun Musa Hitam, lantang (mengkritik bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad)...saya ada ketika itu. Mereka mengasak Tun Mahathir dengan pelbagai isu termasuk jambatan Pulau Pinang, projek-projek dan sebagainya. Tapi Tun Mahathir tidak pecat mereka.


"Sewaktu (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dipecat, saya hadir dalam mesyuarat tertinggi itu. Tan Sri pun ada sekali. Kita ikut prosedur," katanya yang hadir ke sidang media Muhyiddin itu sebagai sokongan.


Sementara itu, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang turut mengikut jejak langkah Muhyiddin dan Shafie untuk kekal dalam Umno memutuskan untuk mengkritik parti dari dalam.


"Kehadiran saya di sini untuk menyatakan pendirian saya sama dengan Tan Sri.


"Ia tidak bercanggah dengan pendirian Tun Mahathir kerana pendekatan beliau mungkin sedikit berbeza tetapi prinsipnya sama iaitu kita mahu menegakkan kebenaran," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.