1 lawan 1: Pas setuju, tapi sejauh mana mampu buat
SHAH ALAM - Pas pada asasnya setuju dengan konsep satu lawan satu
malah yakin parti pembangkang akan menang besar ia digunakan menentang
BN.
Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, bagaimanapun
berkata, parti itu tidak pasti sejauh mana strategi tersebut mampu
direalisasikan.
“Saya ingat semua pembangkang bersetuju dan berhasrat supaya tak ada
tiga penjuru. Memang kita harapkan untuk jatuhkan BN dengan satu lawan
satu.
“Jika berlaku begitu (satu lawan satu) kemungkinan besar (pembangkang)
akan menang. Tetapi sama ada ia akan berlaku atau tidak, itu
Wallahualam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam,
Kelmarin, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah
menyatakan sekiranya pembangkang sepakat memilih formula satu lawan
satu, ia boleh mengancam kedudukan Umno.
Mengulas lanjut, Mahfodz berkata, setakat ini Pas tidak mengadakan
perbincangan mengenai perkara itu dengan mana-mana parti pembangkang
yang lain.
“Cuma yang kita dah ada kerjasama ialah dengan Parti Ikatan Bangsa
Malaysia (Ikatan) dan NGO-NGO (pertubuhan bukan kerajaan). Apa yang
pasti, kita tak akan buat hubungan dengan DAP dan Parti Amanah Negara
(Amanah).
“Yang lain-lain, termasuk Bersatu itu ada kemungkinanlah. Tetapi
setakat ini lah, tak tahulah (akan datang) sebab politik ini semua boleh
kalau dah sampai masanya,” katanya.
Mengenai halangan untuk bekerjasama dengan DAP dan Amanah, beliau
berkata, Pas menyerahkan kepada kebijaksanaan PKR untuk menentukan
memandangkan parti itu mempunyai hubungan dengan kedua-dua belah pihak.
“Kalau ada keperluan kita akan bincang secara dalaman dan dengan PKR,” katanya.
5 orang berkata:
Kita ada kejasama ( PIGS )
budak bodoh pun x pangkah pembangkang insyaAllah..ape taknya dekat nak 20 parti dh jumlah parti pembangkang pasal x dapat nak bersatu..masing2 perasan maksum padahal 2x5 je ngan umno pun sume..hehe..bila dh tahap ni br la aku pasan rupanya org tua2 melayu pangkah umno bukan pasal umno tu bagus dorang pun tau umno tu 2x5 gak pun ngan pembangkang..dorang pangkah umno sebab pembangkang terlalu bodoh baru sekarang kata dap x betul la musuh la..umno 1oo tahun dlu kenal dap dah..pastu ngaku pulak kensl agama..dap pun dia x kenal hehe..bukan ke bodoh yg melampaui batas tu..dasat tol org tua2 dlu..hahaha
*kenal agama
Pass pom mcm dap jugak. Bezanya pas pakai kopiah. Perangai sebijik sama.
Pan dgn Dap tak blh percaya sangat. Cakap tak serupa bikin la..
Post a Comment