Pasangan tinggal dalam gua lebih 54 tahun
NACHONG - CHINA. Tidak semua pasangan suami isteri perlukan rumah untuk
mengecapi kebahagiaan, tinggal di dalam gua pun sudah mencukupi dan
itulah yang dilakukan satu pasangan dari China.
Liang Zifu, 81, dan isterinya Li Suying, 77, memilih tinggal di dalam
gua yang terletak di pinggir bandar Sinchuan Nanchong sejak 54 tahun
lalu malah disitulah juga mereka membesarkan empat anak.
Menurut pasangan itu, mereka memilih tinggal di dalam gua kerana tidak
mampu menangung perbelanjaan memiliki rumah sendiri, lapor Net Ease.
Gua berkenaan kini mempunyai tiga bilik tidur, satu dapur dan ruang tamu.
Pegawai tempatan pernah memujuk pasangan warga emas itu untuk keluar
dari gua berkenaan dan tinggal di kediaman yang lebih selesa, namun
mereka enggan.
Kata pasangan itu, mereka telah terbiasa tinggal di dalam gua berkenaan kerana mempunyai banyak kelebihan.
"Ia sejuk ketika musim panas dan hangat pada musim sejuk malah ada mata air berdekatan," ujar pasangan itu.
2 orang berkata:
90juta dah masuk poket, takkan nak tinggal dlm gua?
saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.
Post a Comment