Doktor panggil keluarga Haron ke hospital
SHAH ALAM - Pas masih menunggu berita rasmi mengenai keadaan semasa
Mursyidul Amnya, Datuk Dr Haron Din yang dilaporkan dalam keadaan
kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Stanford San Francisco,
California.
Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, berita terakhir yang
diterima adalah pengesahan pihak hospital untuk menghentikan alat
bantuan pernafasan Haron.
Kata Nasrudin lagi, berita itu diterima oleh keluarga Haron dan disampaikan kepada pihaknya sekitar jam 7.20 pagi tadi.
"Pada jam 7.20 pagi tadi , keluarga sedang tunggu doktor untuk hentikan peralatan bantuan pernafasan.
"Jadi, kita tunggu berita rasmi dari keluarga Haron. Kami pun masih
menanti berita rasmi dari mereka," jelas Nasrudin menerusi aplikasi
sosial, WhatsApp.
Menurut status laman sosial Facebook pendakwah terkenal Ahmad Dusuki
Abdul Rani, pihak hospital berkenaan pada jam 5 pagi ini (waktu
California) meminta keluarga segera hadir ke ICU terbabit.
"Haron mempunyai komplikasi jantung dan dimasukkan ke ICU.
"Dua anak Tuan Guru bersama doktor sekarang, keluarga yang lain
menunggu di luar dan masih belum dapat berita penuh dari dalam. Mohon
doa kalian," katanya hari ini.
Mac lalu, Haron menjalani rawatan jantung di Institut Jantung Negara
(IJN). Sebelum ini, beliau pernah menjalani pembedahan pintasan jantung
di Hospital Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat pada 2 April 2012.
0 orang berkata:
Post a Comment