Ayuh, pilihan di tangan anda rakyat Malaysia!
SHAH ALAM – Rakyat berhak untuk menentukan tampuk pemerintahan negara
dan pilihan itu mestilah dibuat bersandarkan kepada keupayaan
pentadbiran yang beramanah dan berintegriti.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, oleh
itu rakyat berkuasa untuk menukar kerajaan yang tidak melaksanakan
tanggungjawab dengan sebaiknya.
“Sebaliknya, jika kerajaan tidak melaksanakan kewajipan dan
tanggungjawabnya terhadap rakyat, maka rakyat mempunyai pilihan untuk
tidak lagi memberikan mandat kepada kerajaan yang sama untuk mentadbir
negara.
"Tiada gunanya kita menyerahkan amanah kepimpinan kepada mereka yang
pecah amanah,” katanya dalam satu kenyataan sempena sambutan Hari
Malaysia ke-53 esok.
Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)
berkata, kerajaan baharu yang bakal dibentuk itu nanti mestilah
meletakkan kepentingan rakyat mengatasi segalanya.
“Keutamaan hendaklah diberikan kepada usaha untuk memulihkan ekonomi
negara, menyediakan peluang-peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan
rakyat, meringankan beban kos sara hidup, melaksanakan reformasi
institusi dan mengurus negara secara beramanah dengan berpandukan
prinsip tadbir urus yang baik.
“Pilihan ini berada di tangan rakyat. Kuasa rakyatlah yang akan
menentukan masa depan negara kita. Sama ada kita mahu Malaysia menjadi
sebuah negara yang berjaya dan sejahtera atau sebuah negara yang gagal
dan kacau bilau, segalanya terserah kepada kuasa rakyat,” katanya.
Menurutnya, dalam tempoh lebih lima dekad pembentukan Malaysia, negara
ini mencapai keamanan dan keharmonian berkat komitmen serta usaha gigih
rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama dalam
menyumbang tenaga serta kepakaran untuk memajukan negara.
“Tetapi kini, Malaysia berhadapan dengan suatu krisis yang parah. Kos
sara hidup rakyat kian meningkat, harga barangan keperluan harian
semakin mahal, nilai ringgit rendah dan pendapatan rakyat terjejas
dengan suasana ekonomi yang suram.
“Dalam keadaan ini, rakyat amat berharap kerajaan tampil membantu
meringankan beban ditanggung. Mereka mahukan pekerjaan dengan pendapatan
setimpal, harga barangan keperluan harian berpatutan, pendidikan
berkualiti, biasiswa dan bantuan pendidikan untuk anak-anak, rumah yang
mampu dimiliki, pertumbuhan ekonomi yang rancak dan paling penting
kehidupan yang selesa.
“Namun, sepertimana yang diketahui ramai, kerajaan hari ini sedang
bergelumang suatu krisis kepimpinan yang parah sehinggakan tidak
berupaya untuk membantu menyelesaikan permasalahan rakyat” katanya.
3 orang berkata:
Jgn undi parti 1mdb dan parti 90j
Jgn undi parti haprak anti islam dan parti ternakannya.
saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.
Post a Comment