Muhyiddin disifat main drama kerana sokong bebas Anwar
KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
dilihat cuba menggunakan isu pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk
meraih sokongan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang baru
ditubuhkan.
Tindakan Presiden Penaja PPBM itu, yang menyokong pembebasan bekas
ketua pembangkang berkenaan, menyimpang daripada agenda perjuangan
penubuhan parti baharu itu, menurut penganalisis politik, Datuk Prof
Zainal Abidin Borhan.
Menyifatkan kenyataan sokongan itu sebagai 'cakap-cakap politik
sahaja', beliau berkata soal pembebasan Anwar tidak boleh dilakukan
sewenang-wenangnya sebaliknya perlu mengikut lunas undang-undang.
"Ia akan memberi kesan kepada kepembangkangan kerana Bersih dan banyak
pihak ingin membebaskan Anwar. Apa yang dilakukan Tan Sri Muhyiddin
sakadar 'nasi tambah' untuk memanaskan suasana politik dan parti baharu
sekaligus menjadikan parti itu relevan," katanya ketika dihubungi
Bernama di sini hari ini.
Zainal Abidin mengulas laporan media yang memetik Muhyiddin sebagai
menyokong pembebasan Anwar serta berikrar untuk menjadikannya agenda
perjuangan parti itu.
Menjelas lanjut, Zainal Abidin berkata dalam tempoh dua tahun menjelang
Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), tindakan itu sekaligus menunjukkan
'drama' pemimpin politik yang dahulunya berseteru tetapi kini boleh
bersahabat semata-mata untuk menarik simpati dan sokongan rakyat.
"Kita tahu sejarah antara Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Anwar,
dahulu lain sekarang cakap lain. Pokok pangkalnya apa sahaja yang
berlaku, rakyat boleh menilai dan melihat pemimpin mana bercakap benar
serta memahami cakap-cakap begini hanya untuk faedah politik," katanya.
Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis
Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood turut senada
dan menyifatkan tindakan Muhyiddin itu sebagai strategi parti baharu itu
untuk menarik minat orang ramai.
Nik Ahmad Kamal berkata pembebasan Anwar merupakan isu lama yang
diperjuangkan parti pakatan pembangkang untuk kepentingan politik
semata-mata. - Bernama
10 orang berkata:
Bila Pas nak saman kes fitnah 90 juta dr sumbangan umno. Dah lebih sebulan ni. Nizar dah menang kes dgn tv3 dan terbaru utusan malaysia.
Letih bila pak lebai tindakannya lambat.
Kelantan dlm pru14... untung sabut dpt kat Amanah. Untung batu dapat kat umno.
Dlm serba serbi memang lembap. Entah bila agaknya pas nak buat penerangan secara besar2an di seluruh malaysia tentang ruu355 tu.... lembap gila..
Ada tak dlm ruu355 nanti hukuman memaki orang dgn panggilan "barua, pil kuda, makan babi goreng, barua dap, dapigs, pigs, berimamkan lge dll".
Ada tak dlm ruu355 yg bakal saya sokong nanti cerita pasal hukuman sapu hasil balak, sapi duit cikgu yik, sapu tanah kejaan negeri, sapu dedak dan seangkatan dengannya?
Ado??
Lembap.
Dah lebih sebulan pun tiada tindakan.
Jgn marah klu rakyat percaya pemberian dedak itu memang berlaku.
Dulu pung pang pung pang pasal hudud.
Skarang pung pang pung pang pasal ruu355 pulak.
Hudud dah pergi mana?
Nak tunggu pas perintah malaysia?
Huhhh!!
Teruk semua blogger Pas kena hentam. Omakkau pun dah senyap. Kenapa? Sebab Pas ini tidak konsisten dlm membawa isu. Bila dikomen dikatakan barua! Semua menyampah dgn sikap Pas yg suka melabel, rasis dan tiada prinsip!
Parti Islam ke sebegini?
Pas suka bermuka-muka. Itu munafik namanya.
Ya kata Ya. Tidak kata Tidak. Bukannya sekejap sokong, sekejap tidak. Sekejap nak tumbangkan umno,...sekejap nak jadi penasihat,..sekejap nak jadi kawan....apa ni asyik u-turn. Rakyat muak dgn mainan pak lebai!
Ko yang lembab tak nak ambil rahu.
saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.
Post a Comment