Serpihan ditemui di Tanzania sah milik MH370
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kementerian Pengangkutan hari ini memaklumkan serpihan pesawat yang dijumpai di Tanzania sah milik MH370.
Perkara terbabit disahkan selepas penelitian oleh pakar daripada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, serpihan yang
ditemui disahkan sebahagian Boeing 777 kosisten dengan cop tarikh dengan
tarikh penghantaran MH370.
Pembuat Itali juga mengesahkan semua nombor pada bahagian tersebut
berkaitan dengan nombor siri yang telah dihantar ke Boeing iaitu nombor
yang sama telah diserahkan kepada Malaysia Airlines didaftarkan sebagai
9M-MRO.
[ARTIKEL BERKAITAN: Serpihan di Tanzania mungkin milik Boeing 777]
"Oleh itu, pakar telah membuat kesimpulan bahawa serpihan tersebut
adalah dari pesawat 9M-MRO, juga dikenali sebagai MH370," katanya dalam
satu kenyataan hari ini.
"Pemeriksaan lanjut serpihan akan diteruskan, dengan harapan bahawa
keterangan selanjutnya boleh terbongkar yang boleh memberikan harapan
baru terhadap penyiasatan penerbangan MH370," katanya.
Serpihan itu dijumpai di Pulau Pemba, Tanzania pada 20 Jun lalu.
Serpihan itu mengandungi angka dan tarikh yang mengesahkan ia milik
pesawat 9M-MRO yang dibina pada 23 Januari 2002.
1 orang berkata:
saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.
Post a Comment