Umno disaran angkat politik Islam
JOHOR BAHRU - Pengerusi Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
hari ini menyarankan agar Umno mengangkat politik Islam yang didokong
selama ini ke tahap lebih baik dengan cara lebih progresif dan
berkemajuan.
Mohamed Khaled berkata, Umno mesti memfokuskan kepada pengukuhan Islam
sebagai agendanya demi kelangsungan parti ditunjangi orang Melayu itu.
"Jika Islam itu terbukti sebagai faktor penting dalam kebangkitan
kebangsaan Melayu, maka, Islam juga harus terus penting dalam
kelangsungan Umno.
"Cuma apa yang kita perlukan sekarang adalah lonjakan dan fokus yang
lebih radikal, besar dan serius untuk mengarus perdanakan Islam dalam
Umno secara lebih konstruktif, lebih mendasar dan lebih rapi," katanya.
Menteri Besar itu berucap pada penutup Seminar Komemoratif 70 Tahun
Umno yang bertemakan "Islam, Nasionalisme dan Masa Depan Umno" di Pusat
Konvensyen Antarbangsa Persada Johor di sini hari ini.
Mohamed Khaled berkata, dengan mendalami syiar Islam, ia dapat
menjadikan Malaysia lebih moden dan sejahtera selain membantu
melonjakkan Melayu dan negara ke arah sebuah negara kesepakatan yang
adil, berdaya saing, kuat dan dihormati.
Beliau berkata, sudah tiba masanya untuk Umno dan Islam bergerak
seiring melancarkan gerakan besar-besaran melaksanakan Agenda Melayu
Maju yang bersandarkan politik Islam progresif dalam usaha mengukuhkan
kedudukan parti.
"Saya harus menegaskan bahawa politik Islam yang saya sarankan bukan
tentang struktur, bukan tentang negara Islam dan hukum hakam. Ia lebih
jauh dari semua itu.
"Politik Islam yang kita anjurkan menjurus kepada sistem nilai dan
tadbir urus yang lebih baik yang berpasakkan keadilan, kebebasan,
ketelusan dan kesepakatan.
"Amatlah penting kita sedari dan faham bahawa politik Islam itu amat luas," katanya. Mengenai seminar itu, Mohamed Khaled berkata ia merupakan cara berbeza
dipilih Umno Johor dalam meraikan ulang tahun ke-70 parti keramat
berkenaan.
Beliau berkata, langkah penganjuran seminar oleh Badan Perhubungan Umno
Johor, institut pemikir Bait Al Amanah dan Institut Integriti,
Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn (IKLAS) itu kena pada masanya
untuk seluruh anggota Umno merenung sedalamnya dan mencari jalan ke
hadapan dalam memantapkan parti tersebut.
Seminar sehari itu disertai lebih 500 peserta termasuk anggota Umno,
pertubuhan bukan kerajaan, agensi kerajaan, mahasiswa dan badan
profesional. - Bernama
2 orang berkata:
Tak guna parti politik pass kalau dah sebulan pun tak berani saman wsj. Makan dedak ke? Kalau tak makan mesti saman. Kalau dah termakan jangan makan pulakkk
saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.
Post a Comment