Banjir Kelantan, Terengganu, Sabah semakin pulih
KUALA LUMPUR - Keadaan banjir semakin baik dengan jumlah mangsa di
ketiga-tiga negeri yang terlibat berkurangan setakat petang ini.
Jumlah mangsa banjir di Kelantan adalah seramai 13,496 orang pada
petang ini berbanding 14,132 orang tengah hari tadi, manakala jumlah
mangsa di Terengganu berkurang kepada 2,576 daripada 4,174 orang pada
tengah hari tadi.
Bagi daerah Pitas, Sabah, banjir hampir pulih dan jumlah mangsa hanya tinggal 178 orang berbanding 214 pada tengah hari tadi.
Di Kelantan, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kelantan
Zainuddin Hussin berkata jumlah mangsa banjir tertinggi masih di Pasir
Mas iaitu 10,127 orang (3,763 keluarga), diikuti Tumpat seramai 3,308
orang (1,047 keluarga).
Kota Bharu mencatatkan 50 mangsa daripada 12 keluarga dan Machang merekodkan 11 orang daripada sebuah keluarga.
Sebanyak 38 pusat pemindahan dibuka di negeri itu.
Di Terengganu, jumlah mangsa tertinggi adalah di Dungun dengan 812
orang (212 keluarga), diikuti Hulu Terengganu seramai 625 orang (175
keluarga),
Kemaman 437 orang (116 keluarga ), Kuala Terengganu 401 orang (99
keluarga), Setiu 234 orang (50 keluarga), Marang 39 orang (13 keluarga)
dan Besut 28 orang (sembilan keluarga).
Mangsa ditempatkan di 34 pusat pemindahan.
Di Sabah, mangsa banjir di daerah Pitas berkurang kepada 178 orang (49
keluarga) setakat 5 petang tadi, berbanding 214 daripada 66 keluarga
tengah hari tadi.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kol. Mulliadi
Al Hamdi Ladin berkata 168 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan
Sekolah Kebangsaan (SK) Rukom dan 10 di SK Pekan 2 Pitas.
Empat daripada 16 buah kampung yang terjejas banjir di daerah berkenaan
telah pulih daripada bencana tersebut iaitu Kampung Bilangau Besar,
Kampung Salimpodon Darat, Kampung Pinggan-Pinggan dan Kampung Indah.
Kejadian banjir mengakibatkan 72 buah sekolah di Kelantan dan Terengganu dan 10 di Sabah ditutup hari ini.
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sekolah yang
ditutup akibat banjir tidak perlu mengganti hari persekolahan kerana
dianggap sebagai cuti darurat kecemasan banjir. - Bernama
4 orang berkata:
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada DATOK atas nomor yang DATOK
beri 4 angka [5208] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus DATOK.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu DATOK. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan DATOK..
sekali lagi makasih banyak ya DATOK… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi DATOK BOWOH IBRAHIM MAT ZIM,,di no (((085-342-064-735)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 870 JUTA , wassalam.
Banjir ni mungkin sbb bala tuhan atas dosa2 kita dan pemimpin kita. Banyakkanlah beristigfar dan bertaubat.
Banjir ni mungkin musibah sbb dosa pemimpin kita menjual balak berlebihan dan menzalimi orang asli. Marilah kita memohon ampun kpd orang asli yg dizalimi dan beristigfar serta bertaubat nasuha.
jianbin0301
michael kors outlet
beats headphones
louis vuitton handbags
michael kors outlet clearance
foamposite shoes
louis vuitton outlet store
polo ralph lauren outlet
ugg uk
louis vuitton handbags
coach outlet
Post a Comment