Nasihat Tunku Aziz pada Pas
KUALA LUMPUR - Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim meminta agar Pas berhati-hati apabila berurusan dengan DAP.
Menurutnya, parti itu mempunyai agenda tersembunyi apabila ingin berurusan dengan mereka.
"Memandangkan Pas sudah berpengalaman dengan DAP, maka mesti mereka tau apa agenda tersembunyi parti itu.
"Nasihat saya, sentiasalah berhati-hati dengan DAP kerana tentu Pas
tidak mahu pisang berbuah dua kali,"katanya dalam satu sidang media di
Hotel Eastin Kuala Lumpur, hari ini.
Sebelum ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyatakan hasratnya untuk
bekerjasama dengan Pas bagi menghadapi PRU14 serta menegaskan akan
meneruskan hasrat itu walau ditentang Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir
Mohamad.
Selain itu, beliau turut mendakwa DAP untuk bekerjasama dengan Pas adalah kerana ingin mendapatkan sokongan orang Melayu.
"Tujuan utama DAP inginkan Pas adalah untuk mendapatkan undi orang Melayu sahaja.
"Apabila mereka sudah dapat apa yang diingini, Pas akan ditolak tepi," katanya lagi.
5 orang berkata:
Di O di...kita boleh ambik dia jadi penasihat pas ni....
Aku rasa nak muntah la
Malayu klu cakap melayu gagap2, elok masuk MCA
Cer tanya sokong hudud tak?
PAS pun dah guna hujah personaliti TV3
Post a Comment