PAS PARTI TAK KUAT, DAH SEMAKIN HAKIS
DEMIKIAN KEBANYAKAN PANDANGAN PERTI PEMBANGKANG,
MEREKA RATA-RATA
BUAT KENYATAAN MEMBENCI PAS.
JIKA DEMIKIAN, JALAN TERUS LA
PERPOLITIK, JANGAN BABITKAN PAS
DALAM PEMBANGKANG, TAPI
MULUT HANGPA GATAI MACAM BARUA.
RAMAI PARA PENGANALISA POLITIK ADALAH
DARI KALANGAN PRO PEMBANGKANG,
MEREKA KADANGKALA MENJADI BATU API
JIKA DEMIKIAN HALNYA MEREKA
JANGAN PULA JADI KALDAI
WAKTU KEBELAKANGAN INI PEMBANGKANG DAH REDA SIKIT
MENGHANTAM PAS, SEBAB SUDAH SAMPAI
MASANYA MEREKA NAK PUJUK PAS PULA
SEBENARNYA MEREKA NI BOLEH BLAH !
-Pak Karamu-
Tindakan Pas tolak DAP, Amanah jejas pembangkang
KOTA BHARU - Tindakan Pas yang berterusan menolak pelawaan DAP dan
Amanah untuk bekerjasama dalam PRU14 nanti memungkinkan kerjasama parti
itu dengan pembangkang lain juga akan terkubur.
Penganalisis politik, Dr Rusdi Omar berkata, Pas tidak mungkin boleh
bekerjasama dengan parti pembangkang lain tanpa parti ini kerana
kedua-duanya berada dalam Pakatan Harapan bersama PKR.
“Saya melihat hubungan antara Pas dengan DAP dan Amanah, agak mustahil
untuk dipulihkan, sama ada oleh PKR serta Bersatu. Ini kerana mereka
sudah melabelkan antara satu sama lain dengan istilah yang agak sukar
digambarkan.
“Begitu juga dengan perasaan dendam dan tidak puas hati yang menebal
dalam diri pemimpin masing-masing,” katanya kepada Sinar Harian di sini,
semalam.
Rusdi berkata demikian ketika mengulas perkembangan usaha DAP untuk
kembali berbaik dengan Pas yang disuarakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang
parti itu beberapa hari lalu.
Menurutnya, tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak
mentah-mentah pelawaan Kit Siang untuk berdamai dan menjalin semula
kerjasama dengan parti itu atas alasan DAP adalah parti yang chauvinis
dan anti Islam.
“Sedangkan, jika mereka serius untuk menumbangkan BN pada PRU14,
kedua-dua pemimpin ini perlu berbincang dan ketepikan isu-isu berbangkit
sebelum ini. Jangan putuskan sesuatu sebelum berbincang kerana
menggambarkan kita tidak matang berpolitik,” katanya.
Mengulas lanjut, Rusdi yang juga Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni
Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, pemimpin pembangkang perlu
‘cermin diri’ sebelum menempelak satu sama lain.
“Mereka juga perlu korbankan agenda peribadi dan parti terlebih dahulu
serta mencari agenda kebersamaan dalam perjuangan, selain memerlukan
semangat berpolitik yang tinggi untuk bersama jika benar-benar ingin
menumbangkan BN,” katanya.
Rusdi berkata, sekiranya perkara ini boleh dilakukan, beliau yakin
mereka dapat bekerjasama dan memberi saingan hebat kepada BN pada PRU14
nanti, bagaimanapun jika sebaliknya, peluang untuk parti lawan menang
adalah lebih cerah.
“Mereka perlu ketepikan sebarang perbezaan agenda dan melihat kepada
kebersamaan barulah mereka boleh bekerjasama. Nak pertahankan dasar tak
ada masalah, tapi kena tengok pada keutamaan,” katanya.
7 orang berkata:
Jgn naik darah pak karam. Bawak istigfar byk2. Itu hal politik, kami nak tumbangkan BN, nak lawan 1 sama 1 dgn BN, baru peluang utk pembangkang menang lebih cerah.
Tapi kalau parti PAS taknak join takpe kami faham. Lobai hadi dah terhutang budi dgn najib, takpe kami faham. Lobai hadi dah patuk dedak rm90juta atas tapak tangan najib, takpe kami faham. PAS taknak join blok pembangkang pun takpe kami faham. Cuma pak karam jgn la naik angin, nanti kena sakit jantung susah la.
Mamat nih bukan nya faham matlamat perjuangan Pas. Cakap ikut sedap mulut je..
Perjuangan pas apa benda?
Dedak?
Dedak tu perjuangan lebai dol
Perjuangan perut dan bawah perut lebai2 90juta.
Takbir!
Pas memang tak kuat pun.
Perak, Kedah, tengganu pegang sepenggal pun dah tegolek.
Mulut je kuat merapu
Kalu pas kuat dah tentu Kelantan maju macam jepun.
Pas kuatlah.
Kuat banjir
Post a Comment