DEMI KEAMANAN DAN KEDAMAIAN
SECARA PRIBADI PAK KARAMU
MENYAMBUT BAIK
NIAT KIT SIANG
KITA LIHAT DAN TUNGGU, APAKAH
KIT SIANG MEMULAKAN KEDAMAIAN
DAN KEAMANAN DI BUMI TUHAN INI ?
SOAL DIA BUAT PUSINGAN ATAU TIDAK
ITU TIDAK PERLU DIBANGKITKAN
APA YANG KITA MAHU DENGAR
ADALAH KEDAMAIAN DAN
HORMAT MENGHORMATI
SESAMA ANAK ADAM
APA YANG PENTING KIT SIANG PERLU
BUKTIKAN YANG DIA
IKHLAS.
-Pak Karamu-
Selepas Pas, DAP mahu jumpa MCA, Gerakan
GEORGETOWN - Selepas menyatakan keinginannya untuk bekerjasama dengan
Pas dua hari lalu, kini Penasihat DAP, Lim Kit Siang bersedia untuk
berjumpa MCA dan Gerakan bagi tujuan yang sama.
Kit Siang berkata, beliau bersedia dalam tempoh 72 jam dari hari ini
untuk berjumpa dengan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan
Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong bagi membincangkan cara
untuk membebaskan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi dunia.
Menurutnya, menyelamatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang gagal
adalah agenda negara bagi tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.
"Tujuan saya hanya mahu menyelamatkan Malaysia dari terus menjadi
negara gagal. Saya beri tempoh kepada MCA dan Gerakan bermula hari ini
(semalam) jam 12 tengahari hingga 27 Januari ini (sempena sambutan Hari
Raya Cina). Saya akan tunggu.
"Pertemuan itu diharap dapat membincangkan bagaimana DAP bersama MCA
dan Gerakan boleh bekerjasama untuk kepentingan negara bagi
membebaskannya daripada kleptokrasi dunia. Saya harap perkara ini dapat
dipenuhi. Persoalannya, adakah MCA dan Gerakan perlu mendapat kebenaran
Umno terlebih dahulu sebelum berjumpa saya?" katanya kepada media.
Mengulas berhubung dakwaan beberapa pihak kononnya tindakan DAP itu
sebagai membuat pusingan U, Ketua Ahli Parlimen DAP itu berkata, dakwaan
itu hanya dari mereka yang berfikiran sempit.
Terdahulu, Kit Siang menyatakan kesediannya untuk berbaik semula dengan
Pas apabila ingin berjumpa dengan presiden parti Islam itu, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang bagi tujuan sama.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, kerjasama itu boleh
direalisasikan sekiranya Abdul Hadi sedia memberi komitmen untuk
menyelamatkan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi dunia.
Sementara itu, menjawab soalan media sama ada beliau sudah berbincang
dengan kepimpinan Pakatan Harapan berhubung niatnya itu, Kit Siang
berkata, beliau tidak perlu berbuat demikian.
"Saya rasa tidak perlu berbincang untuk cadangan kerjasama dengan Pas.
Saya bukan boneka kepada mana-mana pihak termasuk Pengerusi Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad. Cadangan untuk
adakan kerjasama dengan Pas dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke 14
(PRU14) akan diteruskan walaupun ditentang Tun Mahathir.
"Saya rasa tidak perlu berbincang dengan beliau (Tun Mahathir) kerana
sememangnya kita bertentangan pendapat tentang sesetengah perkara
termasuk cadangan kerjasama dengan Pas ini," katanya.
Kit Siang berkata, beliau juga tidak perlu mendapatkan persetujuan
daripada parti komponen Pakatan Harapan berhubung perkara itu.
Sebelum ini, Tun Mahathir yakin pakatan pembangkang tidak memerlukan Pas untuk mengalahkan BN dalam PRU-14.
Beliau berkata, Pakatan Harapan yang diketuai DAP dan turut dianggotai
PKR, Amanah dan PPBM itu sudah mencukupi untuk mengalahkan BN dan Pas.
6 orang berkata:
Bila Hadi nak buktikan secara ikhlas tak ambik dedak 90juta dari ketua penyamun?
Hasil kajian Piji. Pengaruh Barua 2% jer
Berbanding Pas 21% .. kik..kik...
Kata Piji... pengaruh barua 2% jer berbanding Pas 21%. Itu yg kit siang dsh meroyan tu. Kik..kik..kik..
21% tu maknanya kelantan melayang bro!
Kata Piji lg..Pas parti lebai melukut pengaruh 1% je..takde maruah sanggup melutut jd barua PKR, DAP dan AMANAH di Selangor..kik..kik..kik
Takbur!
Saya mempunyai skor kredit yang sangat rendah jadi percubaan saya untuk meminjam dari Bank adalah menolak saya berpecah rata sehingga saya tidak mampu makan tiga hidangan sehari dan juga saya muflis sepenuhnya bahawa nama saya sama dengan kemiskinan saya berhutang hutang dari rakan-rakan saya dan juga dari jerung pinjaman hidup saya berada di bawah ancaman saya terpaksa melarikan diri dari rumah dan saya membawa anak-anak saya untuk bertemu ibu mertua saya kerana sifat ancaman yang saya terima daripada mereka yang meminjamkan saya wang Jadi saya terpaksa mencari cara cepat dan segera untuk membayar balik wang dan juga memulakan perniagaan baru percubaan pertama saya adalah sangat dahsyat kerana saya telah ditipu dari Rp5.390.020.00 saya terpaksa berpindah juga dua minggu kemudian saya kehilangan Rp350.000.00 kepada pemberi pinjaman yang curang sehingga saya turun dari segi kewangan dan emosional kerana ini adalah yang paling saya harapkan sehingga kawan saya memaklumkan saya untuk menghubungi e-mel ini: :( iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com) bahawa saya harus meminta jumlah saya ingin Ibu Iskandar sentiasa menjadi kembali memberikan bantuan kewangan kepada siapa yang pernah memerlukan sehingga saya meminta untuk jumlah Rp850.000.000,00 dalam ruang 24 jam cerita saya berubah dengan baik saya membayar semua hutang saya yang belum selesai dan saya juga memiliki cukup uang untuk membiayai saya sendiri perniagaan semua terima kasih kepada kawan saya yang memperkenalkan saya kepada ibu khususnya dan juga kepada Ibu Iskandar dalam Jeneral kerana mengubah rasa malu saya menjadi terkenal
Kesopanan: ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY
E-mel: (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com)
Post a Comment